Social Icons


Pages

Friday, February 7, 2014

PENTING SANGAT KE SIMPAN EMAS?

Assalamualaikum & selamat hari sabtu.. ;-)

Ada yang pergi kenduri ke hari ini? Cik emas pun ada jemputan kenduri.. tu haaa depan rumah jer ;-)

Tapi sebelum pergi kenduri kita bersembang dulu yer.. 

Anda sudah simpan emas ke sekarang? Sape2 yang dah kawin mesti dah ade emas kan? yelah biasanya pengantin akan saling bertukar2 emas. Nampak tak kepentingan emas kat sini? 

So siapa2 yang belum kawin tu, sudah start simpan emas ke? kalau belum boleh la mula dari sekarang... Nanti dah nak kawin tak de la sibuk2 cari duit banyak nak beli emas kan.. (macam cik emas dulu hihi)

Ok, jom kita tengok sedikit sebanyak kenapa penting sangat simpan emas. Mungkin ade 1001 kepentingan, tapi disini kita kupas sikit2 dulu k.. ;-)
  • Bila terdesak emas lah kita cari!! (sekarang kita banyak duit, memang la lupa pada emas)
  • Nilai emas semakin meningkat dari tahun ke tahun!! - 2001 rm36 je satu gram, 2014 rm150??
  • Emas Kalis inflasi!! - ekonomi meleset pun nilai emas tetap tinggi berbanding matawang
  • Emas Tidak susut nilai seperti wang tunai!! - kalau rm10k sekarang dianggap banyak, rm10k pada tahun2 hadapan dianggap sedikit shj. Macam RM0.50 dulu dianggap banyak, tp sekarang???
  • Simpanan yang tidak dimamah usia!! - dari dulu sampai sekarang orang akan simpan emas
  • Emas Di iktiraf seluruh dunia!! - kalau kita bawa duit RM ke singapore, singapore akan terima? memang tak la kan? so kena tukar dollar singapore dulu.. kalau bawa emas ke merata negara, sentiasa diterima!
  • Emas Mudah ditukar kepada wang tunai! - senang je, bawa emas tu pergi jual kat mana2 kedai emas. bagi emas, ambil duit $$$$$$$ . tak perlu sign agreement, xperlu tukar nama, tak perlu susah2..
  • Emas ialah Aset terunggul selain rumah dan hartanah - ye betul.. antara aset yang patut disimpan setiap orang untuk menghadapi ekonomi yang semakin tidak stabil dan matawang yang akan jatuh niainya.
So, sape2 yang rase nak menyimpan emas sikit2 dan lama2 nak biarkan emas tu jadi bukit, boleh hubungi cik emas yer.. 

At least 1 gram 1 bulan...

Renung2kan dan selamat menyimpan (^_^)


Cik Emas,
https://www.facebook.com/cikemas69
013 - 222 6350
08/02/2014 (10:54)

Wednesday, January 29, 2014

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BELI EMAS DI BANK

Kelebihan:

1. Bank ada nama besar. Jadi keyakinan pembeli lebih tinggi.
2. Bank jual emas fizikal yang branded.
3. Pembeli ada pilihan untuk tak ambil gold, bank tolong simpankan.


 Kelemahan:


1. Semua emas fizikal yang dijual oleh bank adalah di dalam sarung plastik (permanent seal, tak boleh dibuka sama sekali, jadi tak boleh digadaikan jika anda perlukan pusingan modal).

Kalau dibuka sarungnya maka akan timbul masalah kedua seperti dibawah:

2. Bank menggunakan konsep "Macammana kami beri emas kepada anda, macam tu jugalah anda pulangkan emas kepada kami bila anda jual balik. Emas tersebut tak boleh dibuka plastik, plastik tak boleh kelepet, tak boleh tergoris). Kalau ada masalah ini maka bank akan reject 100% emas tersebut.

Jadi, beli emas di bank ada kelebihan dan kekurangan.

Pelabur perlu bijaksana. Pilih emas mengikut matlamat anda. Kalau nak simpan ajer dan tak pikir nak gadai kalau terdesak, maka boleh beli kat bank.

Kalau ada niat nak pergi gadai dan dapatkan duit bila diperlukan. Lupakan terus niat beli emas kat bank.

Senang ajer kan? Banyak lagi seni-seni pelaburan emas ini. Anda boleh dapatkan buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" di sini sebagai panduan pelaburan emas anda.


---> Tekan link sebelah kanan "Jom kuasai ilmu pelaburan emas"

via #SyukorHashim

Cik Emas,
https://www.facebook.com/cikemas69
013 - 222 6350
30/01/2014 (13:15)

Thursday, January 23, 2014

147 ILMU YANG BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Agak lama saya tidak update blog ni yer. Bukan ape, bertapa untuk menimba ilmu! ;-)

Alhamdulillah, saya baru selesai menimba ilmu dengan Pakar & Jurulatih Pemasaran No. 1 Asia (Dr. Azizan Osman) selama 4 hari 2 malam iaitu seminar "Advanced Marketing Power".


Cik Emas & Ceo OSM - Puan Nora
Terlalu banyak ilmu yang disampaikan oleh beliau tapi disini saya share kan 147 point penting yang saya sempat take note. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada beliau kerana berkongsi ilmu pemasaran yang ternyata membuka mata ramai peniaga.

Jom kita tengok...


  1. FOKUS – forget other commitment until succeed!
  2. Berapa kali kita bangkit dengan cepat lebih penting daripada berapa kali kita jatuh 
  3. Kuasa tindakan – 90% gagal sebab tidak bertindak dengan luar biasa 
  4.  Sometimes common sense tak jadi common practice (dah tahu tapi tak nak bertindak) 
  5. Mesti harus sentiasa konsisten (istiqamah) – buat sesuatu secara berterusan terutama marketing 
  6. Suasana kena sentiasa positif – cari rakan yang positif 
  7. Kalau ada kemajuan (walau sedikit) kena tengok. Lebih baik capai sedikit daripada tak ada langsung. Orang lain maju sebab attitude tak mcm kita (mcm mana dia sujud, attitude, selawat dan tindakan dia?) 
  8. Mesti enjoy dengan pencapaian kita (walau sedikit) 
  9. Small success leads to bigger success (so kalau dapat rm10 sehari syukur, ia akan meningkat ke rm100 sehari dan meningkat ke rm1000 sehari) insha Allah 
  10. Everyday learn to recognize our improvement 
  11. Fokus – mulakan dengan apa yang ada depan mata, tiada produk sendri jual produk orang, kalau ada banyak produk, fokus pada 1 produk. 
  12. Fokus 1 produk, dan customer akan approach yang lain bila dah berada dihati kita 
  13. Kena cepat bertindak (fast action fast result!) 
  14. Keep ugrading yourself – sebab ilmu pemasaran amat luas 
  15. Fahami potensi pasaran – kena betul2 tahu siapa yang perlukan produk kita\
  16. SW, SW,SW,N! - Some will, some won’t, so what? Next! (Kalau si A taknak, si C,D,E,F,G ---Z kan ada?) ;-) 
  17. Tak perlu approval sape2 untuk buat sesuatu. Kita yang kena mulakan dulu 
  18.  Leadership mesti ada – orang yang berani buat dan start – powerful leader buat dan adjust 
  19. Mentaliti penyelesaian – tak tahu? belajar, tak reti? tanya! 
  20. Rahsia berjaya - sentiasa berkongsi/share 
  21.  Rahsia berjaya - sentiasa contribute/sedekah – the power of contribution 
  22. Rahsia berjaya - ingat TUHAN – betapa pemurahnya Allah swt, Allah maha pemurah, so zahirkan nikmat, upgrade your life, bersedekah (cara zahirkan nikmat yang DIA bagi), always berbalik kepada DIA walau apa pun yang berlaku, lagi kita kaya kena lagi banyak sujud 
  23. Kalau ada masalah, jangan fokus kepada masalah tu, tapi fikir penyelesaian 
  24. Bila share kepakaran, jadikan problem yang kita nak selesaikan tu kritikal kalau tak guna khidmat/produk kita 
  25.  Penting RESULT MARKETING – tunjuk gambar sebelum dan selepas orang guna produk kita 
  26. Mesti kuasai wilayah berdekatan dulu dan baru kuasai wilayah lain2 
  27. Mesti tahu platform – tempat deal dengan customer (connecting point) – contoh kedai, facebook, website, blog, email dll 
  28.  Boleh buat komisyen agen, affiliate, distributor atau pemborong 
  29. Simpan database customer – nama, email dan no telefon PENTING! 
  30. Lebih banyak tapak perniagaan anda, lagi banyak lah pasaran anda – contoh letak barang kt petronas, pasar, pejabat2, sekolah, seven eleven, tumpang letak di kedai orang 
  31. Jangan lupa tulis nombor telefon dan nama disetiap produk anda 
  32. Nombor telefon mesti senang dan mudah di ingat 
  33.  Penting nya BRAND – brand tak semestinya nama company, nama sendiri pun boleh jadi brand, bina aset, aset terletak pada jenama 
  34. Hook line – must be emotional, menyentap, simple. Orang akan suka kalau tajuk yang best dan sentap contoh hook line [KENAPA BIARKAN HIDUP ANDA TERUS DIBELENGGU KEMISKINAN?] 
  35. Kalau baru di kenali, start dengan harga murah dahulu 
  36.  Ada 2 jenis pelanggan (fresh & regular) kalau regular customer kena fokus pada remind mereka dan after sales service. Sasaran pelanggan yang terbaik adalah regular customer (customer yang dah beli produk kita) 
  37. Start dengan 30 banner gantung di daerah. Tempat terbaik adalah tempat orang menunggu. Contoh traffic light, bus stand, sekolah. (saya dah cuba minta kebenaran dari JKR bangi untuk pemasangan banner tapi katanya lesen banner telah dibekukan sekarang dan tidak dibenarkan lagi untuk menggantung banner. Alhamdulillah majlis perbandaran tidak bekukan lagi, tapi tempat yang ditetapkan oleh mereka bukan tempat pilihan kita, 3 tempat je plak tu) 
  38. Cuba buat “community works”. Nanti diorang akan cakap “u buat ape??” DIA TANYAAAA ;-) 
  39. POWER – P - position kan diri sebagai PAKAR (positioning,packaging, promote, partnership program), PROBLEM (selesaikan masalah orang) – kepakaran saya adalah......membantu siapa...untuk buat apa.... – penyelesaian apa yang kita bagi, jadikan problem tu kritikal!, PENYELESAIAN & PELUANG (bagi peluang kepada orang untuk memahami/buat pilihan, peluang untuk faham risiko mereka, faham peluang apa yang mereka akan dapat. PASARAN – Siapa sasaran kita, siapa kita nak bantu (lelaki?wanita?pelajar?syarikat? dll). PESAING – Jangan tiru bulat2 apa yang pesaing buat tapi buat better dari dia. PERLU – siasat siapa yang perlu produk kita. PENYELIDIKAN – peka dengan produk2 baru yang diperkenalkan orang lain, jangan leka dan perlu adjust. PRODUK QUALITY – produk kita mesti berkualiti. PROFESSIONAL. 
  40. Marketing is sharing. 
  41. Networking is marketing 
  42. Kena selalu sharing dalam facebook bukan menjual 
  43. Skrip menarik pelanggan – “Ini adalah apa yang saya lakukan..inilah kepakaran saya. Anda pernah mengalami masalah/cabaran.......? saya pun mempunya masalah yang sama sebelum ni.....bagaimana saya selesaikan masalah adalah dengan.... ini kisah saya....ini adalah hasil yang mereka dapat....kalau dulu orang kata....tapi sebenarnya.......ini apa yang anda boleh cuba.......kesilapan ramai orang adalah.....ini adalah apa yang anda patut lakukan sekarang.........bercakap dengan saya........ 
  44.  Dimana ada manusia disitu ada peluang 
  45. Senaraikan semua orang yang berpotensi yang boleh guna produk/khidmat kita\
  46. Senaraikan 20 kebaikan produk yang kita tawarkan. Kenapa bagus, kenapa patut beli. Apa manfaat yang bakal mereka dapat dari segi keberkatan, kesihatan, kebahagiaan atau keselamatan
  47. Positve emotion – tenang, yakin, selesa, bahagia, selamat, sihat, bertenaga, terjamin, sempurna  
  48. Negative emotion – ditipu, pilihan yang salah, kerugian, tekanan jiwa, sakit, kusut, keliru, membazir masa (boleh guna untuk jadikan masalah customer kritikal)   
  49. 90% biz gagal sebab gagal marketing    
  50. Result marketing – most powerful technique, contoh banding gambar sebelum dan selepas, gambar artis makan dikedai kita, gambar, video, testimoni   
  51. Skill terbaik – sampaikan apa yang u buat dalam masa 30 saat hingga 1 minit (ringkas tapi padat)  
  52. Matlamat perniagaan – bagaimana produk kita boleh 1. Selesaikan masalah orang lain 2. Menambah nilai untuk orang lain   
  53. Dosa2 dlm perniagaan – berniaga sebab hendak kaya semata2, tidak mengutamakan pelanggan, tidak melakukan pemasaran secara berterusan, tidak bina kredibiliti, tidak berniaga mengikut passion/minat (buat apa yang kita suka, tp kalau belum jumpa suka dulu apa yang kita buat), tidak ada produk atau perkhidmatan, tidak tahu potensi perniagaan sendiri, berniaga sekadar cukup makan/mudah rasa selesa, tiada visi/matlamat yang jelas.   
  54. Giving a “wow” experience to customers (contoh produk percuma)  
  55. Konker wilayah dengan banner dan bunting dulu. 30 keping banner (jangan kurang), pelanggan akan nampak kita bila 6x kali nampak banner kita   
  56. Dalam banner mesti ada nombor telefon dan facebook   
  57. Gunakan sistem sms contoh ETSI untuk pemasaran   
  58. Contoh sales kurang hari jumaat, sms guna ETSI ada promosi hari jumaat (contoh nasi percuma)   
  59. Kalau dah meningkat dan tak menang tangan nak handle, buat sistem dealer.   
  60. Buat money back guarantee   
  61. Bijak guna facebook, jangan menjual tapi bina hubungan dengan pelanggan   
  62. Kuasai wilayah – pasang banner, masuk sekolah2, pejabat2, kalau dia tak bagi letak banner dalam sekolah, letak luar sekolah   
  63. Jangan ada mentaliti “TAPI”. TAPI tiada dalam kamus perniagaan   
  64. Pergi kira berapa rumah, buat komuniti works (contoh projek syria), cuci kereta dan derma sambil2 ambil database (then jeling2 la roadtax dia mati bila) ;-)   
  65. Marketing is about getting people to ask dan sharing concept  
  66. Strategi pemasaran tanpa kos – senyum, share kepakaran, email signature kepakaran, handphone signature, kerja2 komuniti, media sosial cth fb, twitter, instagram, apa2 hal ambil gambar dan pos, sistem komisyen agen, free consultation, free talk, jadi rakan medai (jadi penaja, any progress pasal perniagaan share dengan media atau richworks, bina kredibiliti yang kukuh dimajalah, beri jaminan luar biasa kepada pelanggan, tawarkan apa yang company lain tak leh tawarkan, cari peluang di ekspo atau karnival dan collect database (cari jalan orang tanya), kuasai forum internet, maklumat percuma, menulis (buku, ebook, article, report, blog, fb status)   
  67. Buat perancangan sepanjang tahun, tengok kalendar, perniagaan adalah seperti u travel dari A----------R&R----------Z (R&R seperti mencari ilmu, travel dan berhenti cari ilmu, recharge & drive) – sharing dari Jerry.  
  68. Set matlamat at the end of mind – nak capai apa. Set dari awal bukan berniaga jer...   
  69. Build biz tu sampai buat millions so perlu mentor   
  70. Work on biz not in the biz   
  71. Amalkan ayat 1000 dinar bukan gantung kat dinding jer.. buka pintu rezeki   
  72. Kalau nak, buat jer, redah jer – usaha dan tawakkal   
  73. Kena ada keberanian untuk buat marketing campaign   
  74. Kena berani untuk test!   
  75. Buat voucher, partnership/joint venture, sistem komisyen   
  76. implement 200 strategi marketing POWER  
  77. Cerita perjalanan hidup kita (untuk tunjuk kepakaran kita)   
  78. Ramai orang buat benda kalau tak berjaya mudah give up. Jangan give teruskan usaha. Kena istiqamah   
  79. Plan 10-20 perkara (walau tak capai semua tapi mesti capai 1@2)   
  80. Tell our brain, ini yang kita nak capai   
  81. Ramai orang tak suka tulis, just cerita jer..   
  82. Networking (key of marketing)   
  83. Selling your self, dress sharp!  
  84. Tak bayar cukai susah nak apply loan (wlau income berjuta)   
  85. As businessman, jangan beli something “cash”, will be alerted by lembaga hasil   
  86. Setup company sdn bhd   
  87. Buat 6 tabung untuk individu dan syarikat   
  88. Belajar ada proses, kejayaan ada proses! Mengandung pun ada proses kan?  
  89. Ramai orang mencari apa yang dia nak buat, mulakan terus apa yang anda ada depan mata, essence of business buat duit dulu, bukan buat loan dulu, create duit dulu, bila dah ada duit, start to explore. Mungkin u dah lama, benda tu la u suka.  
  90. Tak perlu fikir “out of the box”, just fikir “in the box” then expand!   
  91. Sesetengah orang terus terjun dalam laut, padahal dia baru je belajar berenang semalam.  
  92. Try dulu kat pantai, jangan terus tukar pegi dalam laut!   
  93. Bila test kat 10 orang, 10 orang tu suka, potentially 100 orang akan suka, bila 100 orang suke, tak mustahil 1000 orang akan suka. Kita test dulu. bila 30 orang dah start suka produk u, u jual produk rm1000, u dah dapat rm30000 sebulan   
  94. Jalan lompat terlalu tinggi pada awal2, dont jump into another field without experiences! So buat yang kecil2 terbaik dulu   
  95. Kalau ada byk business, hit 1 million dulu yang 1st business tu  - THE POWER OF FOCUS   
  96. Kalau orang tiru nama company kita, kita boleh sue dia (tapi pastikan kita dah register)   
  97. Never say “saya jual”   
  98. Tanya Mr. Google sape yang selalu guna produk kita (untuk kenalpasti sasaran kita)   
  99. Tulis article dan email kt TV! (Contoh, bila ada masalah kluar news atau tv, email kt tv mcmmana produk kita boleh selesaikan masalah tu) – claim yourself as an expert!   
  100. Bagaimana nak jadikan diri rajin membaca? Tambah ilmu – ramai orang membaca tanpa purpose yang jelas, just baca... bila kita suka, tujuan kita membaca untuk nk share, kita akan baca dengan passion. Biar misi kita “aku nak baca ni sebab aku nak share kat orang ramai”. Cari buku yang kita nk baca then amik point2 penting yang kita nak share, kita akan baca dengan baik. Mcm tu juga baca alquran, amik sedikat masa tengok terjemahan.   
  101. Teknik collect database – beri benda percuma tapi kena isi form dengan alasan kita nak upgrade produk kita then nak inform mereka  
  102. Guna facebook page sebagai medium sharing ilmu atau informasi   
  103. Teknik mempopularkan “facebook page” – jangan guna underscore (contoh facebook_page), biar semua orang kenal page kita dengan mudah, senang cari, most people buat page terus “menjual”. Buat ayat yang buat orang nak tekan “share”. Share story (part 1,2,3). 10 kali post, biar 8 post tu adalah giving/sharing. Guna teknik “engagement” – berkawan dulu dengan audience.   
  104. enangani kedai suram dan sunyi – mula2 istighfar dan selawat banyak kali, selawat dan istighfar adalah magnet cahaya. Kunang2 akan pergi kepada cahaya. Begitu juga manusia. Jaga “inner shine” kita (cahaya dalaman). Buat strategi2 pemasaran. Fokus 1 produk. Contoh u pandai buat resdung, facial, urut. Fokus 1 jer “pakar resdung” then baru tarik customer guna servis lain (up selling). Buat kempen “sentuhan jemari untuk rawatan resdung”. Launch dan sms mereka.   
  105. Manusia mudah lupa. So kerja kita remind (pemasaran)   
  106. Bila customer datang ke kedai , collect database jangan lupe   
  107. Launch campaign “awal tahun” “tahun baru cina” “kempen hari sabtu”  (cuba tengok shopping mall, selalu ada campaign sbb tu ramai pergi.   
  108. Buat teknik “gembirakan gajah”. Bila gajah suke, dia akan tarik kawan ke kedai kita. Kenapa gajah??? Sebab kalau gajah boleh masuk kedai, tak mustahil yang lain2 yang lebih kecil boleh masuk ke kedai kita.   
  109. Teknik memasar dalam corporate line – create a montage video profile, show something critical, deal dgn government (connection is the key), Buat plan C, create sponsorship.   
  110. Bagaimana nak buat senang dapat payment dari customer? – kenal siapa pelanggan kita, create profile pelanggan yang kita TAKNAK. Buat rules yang kita tak nak orang sekian2. (contoh budak 18 tahun ke bawah, tak nak company kecil2). Create terms cth “cash only”. Kalau tak create rules, u bunuh diri sendiri namanya.   
  111. Bagaimana popularkan produk? – buat branding, buat banner yang cantik, ambil no fon walau gerai je kedai kita tu. Sms “dah lama tak beli ....”. buat blog (sebab ramai suke google kalau nak cari maklumat)   
  112. Ustaz mengajar alquran, bagaimana pasarkan khidmat untuk seluruh malaysia? – wujudkan sistem agen, licensing, create brand, adakan sistem cara mengajar, perkenalkan teknik special, buat seminar kat agen dan staRt train agen. Technology based – sistem/software cara mengaji alquran, guna application tu (walau agen tu tak pandai mengaji), buka center, buat sistem online (webinar). Buat tawaran “belajar mengaji online percuma” kat facebook. Daftar sistem/software yang diperkenalkan tu (trademark)   
  113. Ada masalah dalaman?(management) tak tahu nak setel dalaman dulu atau expand dlu sebab ada permintaan – nasihat DAO, setel dalaman dlu, tak perlu buat benda yang kita tak ready, tak suka buat. Setel akaun dlu, cari auditor/akautan, bgaimana bayar cukai, cukai kena setel, jangan takut orang yang kita berkerjasama tu sebagai pesaing, REZEKI ALLAH LUAS! Rezeki Allah swt melimpah ruah. Niat asal nak sampaikan benefit, sentiasa beri yang thorrrbaik dan kita akan sentiasa dipandang thorrrbaikkk.   
  114. Setiap hari buat istikharah supaya setiap keputusan kita Allah swt akan pimpin dan bimbing, bantu.   
  115. Bagaimana menangani permintaan yang banyak padahal kita tak ada stok? – amik supplier jer. Create agreement then bagi resepi dan cara memasak. Kalau tak bagus terminate orang tu, amik orang lain. Bagitau jiran kita buat apa. Walau guna mesin, offer diorang beli mesin tu, kalau tak nak amik orang lain. Bila dah bnyk create production team. Pilih yang mana mampu supply.  
  116. Kalau mak tak restu kita niaga, sentiasa beri duit pada dia lebih dari duit gaji kita. Ckap “mak tlg doakan apa yang saya buat”.   
  117. Kepakaran biar jelas jangan terlalu umum (contoh menyelesaikan 1001 rahsia masalah kesihatan). Kena bocorkan rahsia  tu (kencing manis?darah tinggi?). buat precision marketing. Fokus satu2 key problem. Fokus selesaikan 1 masalah jer. Kalau kita boleh selesaikan satu masalah dan difokuskan kita akan jadi expert untuk masalah tu. Bila jadi pakar kita akan dibayar mahal.  
  118. Business ada masalah? – setiap business ada masalah bukan business kita jer. Senaraikan apa “roadblock” dan cari orang/ilmu yang boleh bantu hancurkan roadblock tu.   
  119. Kalau tersalah pilih kawan, tak jujur, orang yang salah, rugi – itu adalah “process build business”  so dont worry.  
  120. Create money dulu, market product dulu, jangan tunggu nak setel semua baru nak market.   
  121. Every month naikkan 3x ganda income business kita   
  122. Bila cerita pasal kepakaran, jangan cakap yang negatif dulu (contoh membantu para pelabur untuk elak riba) tapi tunjuk apa value yang orang boleh dapat (contoh membantu para pelabur menjana pendapatan dengan melabur/menjana pendapatan berlandaskan syariat islam yang kaya dunia mahupun akhirat dan mengelakkan riba). Buat seminar free talk “bagaimana memaksimakan pendapatan anda...” jangan sebut unit trust ke, public mutual ke, sebab manusia suka buat pre-assumption (fikir negative).   
  123. Be neutral. Be the consultant, coach, advisor, helps people to understand (free consultation). Bila kita bagi advice mcm tu, dia akan tanya u buat ape.. NEVER ASK ME THAT QUESTION! ;-) – Jangan tulis kt banner “wakil public mutual”. Bila dia tnya then baru explain. Guna platform utk educate orang, bila dia dh kenal dia akan bayar kita. Bagai mana nak masuk corporate level company – buat talk “bagaimana buat staff anda merancang pencen mereka. Kena tau diorang lepak kt mana, sembang (orang2k aya) – soft approach mcm mengurat sikit.. ;-)   
  124. Clarity is power – sasaran pelanggan mesti spesifik – pelanggan?student?student universiti atau student sekolah?   
  125. Senaraikan strategi apa yang u nak. Contoh nak masuk universiti – amik student sebagai wakil/leader, buat roadshow setiap bilik, jumpa hep then cakap kita buat training tentang kerjaya, macam mana persediaan utk kerjaya, diorang akan kumpul student dan start promote “u should try....”. approach persatuan dlam universiti, persatuan usahawan ipt.   
  126. Business akan speed kalau kita ada karisma   
  127. U tolong jual produk orang lain dan nak ada produk sendiri ? – mcm mana nak ada produk sendiri kalau produk orang lain pun u tak leh jual lagi? Buat campaign dulu, mesti ada call to action. Cth 10% diskaun (benda biasa jer), buat kempen “teka ketinggian burger dan percuma 5 burger”.
  128. Sales drop bukan sbb orang tak makan atau guna produk kita, tapi sebab orang tak tau. Marketing gagal. So buat marketing. Pasang “pusher” dalam ipt utk promote. Buat on-going campaign (boleh sama atau berubah2). Sms dan buat coupon. Percuma reload (untuk student). Tengok seluruh wilayah sape makan produk kita, stat to approach them. Byar 1 leader then pergi bilik ke bilik buat survey amik database. Buat kempen then sms.   
  129. Benda yang ada depan mata pun u tak boleh manage (produk orang lain), tapi u nak buat produk sendiri? Belajar market produk orang dulu then baru introduce product sendiri. Work harder benda 1st dulu.   
  130. Untuk berjaya, jumpa ibu,  cium dan mintak ampun.   
  131. Kalau Jual benda yang pertikaikan halal haram, amik video mcm mana proses atau ambil gambar dan lekatkan dikedai cara proses produk kita tu. Baru orang kondifen nak beli   
  132. Kalau Allah bagi ujian, terima dengan hati terbuka dan senyum. Mungkin itu cara didikan Allah Taala pada kita yang lupa pada NYA   
  133. Idea untuk banner – jangan letak semua benda, mesti simple, direct, putih, clear dan besar.   
  134.  Tips post kt fb page – fokus kt mana kita nk iklan, jangan fokus 1malaysia, rugi..letak gambar orang guna produk kita, then letak capture sentap. Bagaimana Buat viral – share benda yang memanfaatkan orang, tulis tips, lepas tu cite kepakaran kat bawah.  Pastikan dari pada 10 post, 8 post adalah sharing/giving. Pos byk kali sehari.   
  135. Ada budget, expand business – integrated marketing. Kalau nk naikkan harga product buat rebranding, repackaging.   
  136. Untuk pemasaran tak cukup jika hanya ada website, buat blog dan tarik orang ke bolg. Buat kempen dlm blog. Misi nak ambil database. Cari prospek kt mr google   
  137. Kalau ada produk, branding, trademark tagline. Kalau nak masuk international, buat website in english. Fokus dlm negeri dulu baru pegi luar negara. Lps tu start campaign internationally. Kalau tak buat trademark, ada sindikit untuk copy dan keluarkan barang yang lebih murah dari kita dan tiru bulat2.  
  138. Bila kepakaran kita provide makanan, sebut makanan apa yang u nak fokus, kalau cakap provide makanan sedap, orang tak boleh rasa makanan apa yang u jual. Kat banner letak makanan tu dan buat orang tertarik nak pegi.   
  139. Boleh buat 2 benda yang berkaitan. Contoh buat training dan jual spray penyegar.   
  140. Kalau rasa produk tu boleh bagi value yang tinggi, kenapa nak jual dengan harga rendah???? Contoh u jual ferrari dengan harga RM10,000. Apa persepsi orang?? Produk u tak ada value. Kalau jual mahal, orang akan value produk u tinggi.   
  141. Company should have auditor, company secretary, tax agent (mereka mengawalselia company utk ssm). Bila ada orang berminat dan nk beli company kita dia akan ke ssm tengok report audit. Benda ni akan berlaku kepada company yang berjaya.   
  142. Kalau your company enterprise je, simpan resit apa2 urusan, jaga akaun, bila dah besar dan established, turn to sdn bhd.   
  143. Sekarang orang buat duit dengan OPM (other people’s money)   
  144. Start fikir “how do i sell my business?” – sell it later. Then buka business lain. Ini apa yang orang kaya buat.   
  145. Employee – self employed – business owner – investor  
  146. We must pay tax – pegi LHDN. Kalau nak buat loan, bank akan tengok kita bayar tax ke tak – teknik OPM  
  147. Buat trademark – tak semestinya nama syarikat kita.    


Cik Emas,
https://www.facebook.com/cikemas69
013 - 222 6350
23/01/2014 (22:00)