Social Icons


Pages

Wednesday, November 27, 2013

TAK KAN NAK SIMPAN EMAS SAMPAI MATI???

Assalam dan selamat pagi, 

Al-kisah, semalam saya pergi jumpa customer untuk urusan emas dan bawa skali anak saudara (Irfan) berumur 11 tahun. Bila jumpa customer tu, kami bercerita banyak pasal emas. Lebih kurang 2 jam juga.. lepas balik, dalam kereta Irfan tanya, kenapa simpan emas? apa yang best pasal simpan emas? Mesti dia pelik kenapa barang mcm tu pun nk beli dan simpan.. "baik beli hp ke, beli apa2 yang boleh enjoy" (mgkin dlm hati dia mcm tu hehe)

Jawapan saya:

Ifan tengok tak 1 gram emas yang orang tu beli tadi? kecik je kan? tau harga dia berapa? mana nk tau, jawabnya. Saya cakap RM154 tau.. terkejut kemain lagi dia.. awat mahai sgt?? (dalam loghat kedah, Ifan dibesar di kedah). Haaaaa.. tu lah kena tau.

Ifan lahir tahun berapa? saya tanya. Tahun 2002 jawabnya. Ok, Ifan tau tak tahun 2002 berapa harga dia? Mana nk tau jawab dia.. RM44 1gram je tau... wuih! jauh beza katanya.. tapi nak watpa simpan lama2, tak kan simpan sampai mati??jawab dia. hahaha.. saya gelak jer..

Saya pun bagi contoh, ifan skrg umur 11tahun, brp tahun lagi nk sampai umur 20 tahun dan nak msuk universiti? dia pun kira.. 9 tahun lagi la dia jawab. ok, 11 tahun dulu harga emas 1 gram rm44, sekarang tahun 2013 harga rm154, jadi naik dalam rm110/gram.

Bayangkan 10 tahun lagi harga emas rm500/gram (jangkaan pakar tahun 2020 rm503/gram). Jadi kalau ifan kumpul emas dalam 108 gram (1 gram 1 bulan dari sekarang) sampai ifan umur 20 tahun nanti, ifan beli 108 gram skrg rm16,600 lebih kurang (dikumpul setiap bulan), nanti ifan umur 20 tahun brp jadi harga emas 108 gram tu? lebih kurang rm54,300 la..

dia pun jawab.. ooooooooooooooooooooooooo... mcm tu..

so, dh tau kenapa orang simpan emas? saya tanya.. dia cakap "SEBAB HARGA EMAS MAKIN NAIK LA..." nanti boleh jual emas tu untuk dapat duit bila terdesak@nak guna.. pandai.... hihihi

** at least cuti sekolah dapat jugak ilmu kepentingan emas


Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 
 
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar     
Phone Number : 013 222 6350

28 November 2013 (10:08)

Tuesday, November 26, 2013

PERSAINGAN EMAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 


Apa khabar semua? harap-harap sihat la yer... Ok, hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya 'window shopping' petang tadi saja ;-)

Petang tadi bawa jalan-jalan anak buah kat salah satu shopping complex. Dalam tu ada beberapa buah kedai emas dan sempat singgah 2 buah kedai emas yang duduk berdekatan antara satu sama lain. Satu kedai cina dan satu kedai bumiputra. Berikut ciri-cirinya:

Kedai bumiputra:
- Harga emas - RM138/gram (selepas diskaun katanya)
- Tak terima 'trade in' barang lama atau goldbar yang kita miliki
- Barang pun tak banyak & tak teratur, 'tray' tempat letak barang kemas pun dibiarkan kosong (tak menarik) tapi boleh la.. cantik juga design gelang nya
- Layanan - kena improve lagi, sebab masa customer datang, staf asyik bercakap-cakap dan gelak-gelak antara satu sama lain (tak fokus) - customer is the king ok... ;-)
- bila kata "ok nanti saya datang lagi" - dia cuma senyum

Komen : Harga murah juga, tapi tak terima trade in (satu kelemahan juga kerana customer akan pergi ke kedai lain). Barang tak banyak boleh diterima lagi tapi layanan yang tak ok memang saya pantang.. at least bila sy nak pegi cakap la "sila datang lagi". "The power of customer service" ok.. customer yang tak jadi pun boleh jadi beli.. kan? ;-)

Kedai cina:
- Harga emas - RM150/gram
- Terima 'trade-in' (barang kemas/goldbar)
- Susut nilai 20% dari harga semasa
- Barang-barang agak menarik, ada juga goldbar 5 gram, 10 gram,100 gram (pam suise)
- Layanan - superb! (realiti peniaga cina), kalau tanya semua boleh jawab siap bagi advice lagi

Komen : Harga agak mahal jika dibanding kedai bumiputra sebelah, susut nilai pun hanya 20% dari harga semasa, terima goldbar OSM juga ;-). Sediakan goldbar tapi tak ada goldbar 1 gram, paling rendah yang disediakan goldbar 5 gram (harga lebih kurang rm800 keatas). Customer service ok. owesome ;-)

Kesimpulan saya : Harga kedua-dua masih tinggi dari harga OSM, OSM hanya rm129 (stokis), rm134 (ahli). OSM juga terima trade-in dan susut nilai OSM lagi rendah hanya 10% hingga 19% sahaja. Selain barang kemas, OSM sediakan goldbar 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 100 gram. Yang best nya goldbar 1 gram mampu milik tu dan boleh ditukar lagi kepada barang kemas tanpa susut nilai melalui konsep sistem barter. ;-)


Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 
 
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar     
Phone Number : 013 222 6350

26 November 2013 (22.51)

Monday, November 18, 2013

Emas Lambang Kejayaan Dunia dan Akhirat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar semua? Harap baik-baik la yer.. 

Ok hari ini saya ingin kongsikan tentang kejayaan kita hidup di dunia dan akhirat. 
Kalau anda berjaya, biasa anda mendapat apa? pingat emas? piala emas? barang kemas?atau benda-benda lain yang kurang bernilai dari emas? ;-)

Emas sangat istimewa kerana sering kali dikaitkan dengan kemenangan dan kejayaan. Kenapa begitu? Ini kerana kebanyakan kita memilih emas untuk meraikan kemenangan atau kejayaan dalam sesuatu pertandingan atau sebagai hadiah bagi orang yang melakukan sesuatu dengan terbaik.


KEJAYAAN DUNIA


Emas menjadi simbolik kejayaan didunia ini kerana sesiapa yang memenangi sesuatu pertandingan atau menjadi yang terbaik dalam setiap persembahan sering kali diberikan pingat emas atau piala emas. Betul tak? 

Jom kita lihat gambar-gambar dibawah :


Pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo memenangi Boot Emas berjumlah 1.5 Juta Euro kerana KEJAYAANNYA menjadi penjaring gol terbanyak

Sepanyol mendapat piala emas sebagai KEJAYAAN mereka dalam pertandingan bola sepak dunia pada 2010
Fakta Piala Dunia FIFA.

1. Ia diperbuat daripada emas 18 Karat (emas 750)
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).


Wow! tau tak harga nya kalau dalam RM sekarang? Lebih kurang RM800,000! ;-)


Bukan sahaja di luar negara, kat Malaysia pun dapat piala emas ;-)
Pingat Emas yang di raikan di sukan Olimpik London 2012

KEJAYAAN AKHIRAT

Emas juga menjadi lambang kejayaan diakhirat bagi hamba-hamba Nya yang bertakwa. Ini kerana orang-orang yang bertakwa akan masuk syurga dan dihadiahkan oleh Allah gelang-gelang yang diperbuat daripada emas selain hadiah-hadiah lain yang istimewa dan tidak terjangka oleh minda kita.   

Sebagai bukti, Allah SWT menjelaskan didalam surah Al-Hajj ayat 23:


"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.

Sudah pasti kita inginkan syurga kan?

Contoh gelang-gelang emas didunia, bagaimana pula gelang di syurga akhirat kelak?
Sekarang jika kita tengok barang-barang kemas di kedai-kedai emas pun dah rasa nak pengsan sebab semua design kita nak, bagaimana pula barangan kemas di syurga nanti? Pasti lebih istimewa dari itu kan?? 

Sama-sama lah menjadi insan yang bertakwa dan mengejar syurga Allah SWT.
Dengan menyimpan emas pun kita boleh kejar syurga Allah SWT tau. Bagaimana? 

Bila anda menyimpan, ia akan mengekalkan kekayaan anda. Makin anda simpan, makin kaya lah anda kerana nilai emas semakin naik. 

Bila kita makin kaya, kita boleh berzakat dan bersedekah. Bukan itu laluan pintas ke syurga ke? ;-)

18 November 2013 (4.52 petang)

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 
 
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar     
Phone Number : 013 222 6350


Friday, November 15, 2013

Emas dan Zakat - Siri 2

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat dibawah rahmat Nya dan saya ucapkan selamat hujung minggu. Jangan lupa luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang yer..

Hari ini saya ingin kongsikan tentang emas dan zakat. Pada entri yang lepas yang bertajuk “Emas dan Zakat – Siri 1” saya telah kongsikan tentang apa itu zakat emas, siapa yang wajib berzakat dalam emas, dalil-dalil Al-quran yang menyebut tentang zakat emas dan lain-lain. 

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang bagaimana mengira zakat emas pula.
Untuk pengetahun anda semua, emas adalah salah satu logam berharga yang wajib dizakatkan bila cukup haul (tempoh masa iaitu 1 haul bersamaan 1 tahun bulan islam) dan nisab (berat emas). 

Zakat emas dikategorikan kepada dua jenis:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai

Zakat emas yang disimpan

Emas yang tidak dipakai dalam tempoh 1 haul dan cukup minimum nisab iaitu 85 gram, maka wajiblah kita berzakat sebanyak 2.5% daripada nilai emas tersebut. 

Contoh : Anda memiliki 90 gram (lebih 85 gram) bernilai RM14,400 (Harga semasa emas 160/gram) dan telah menyimpan emas tersebut cukup 1 tahun. Jadi jumlah zakat yang anda wajib bayar adalah:
2.5% x RM14,400 = RM360

Zakat emas yang dipakai

Emas yang kita pakai (barang kemas perhiasan) dalam tempoh 1 haul tidak wajib zakat keatasnya. Walaubagaimanapun, jika ia melebihi “uruf”, maka ia wajib dizakatkan dengan kadar yang sama iaitu 2.5% dari lebihan nilai uruf.
 p/s : “Uruf” bermaksud berat maksimum yang boleh dipakai oleh perempuan bagi setiap negeri. 
Contoh: Jika anda bermastautin di Selangor, ,maka uruf nya adalah 800 gram emas dan anda mempunyai barang kemas sebanyak 900 gram (melebihi uruf 800 gram). Maka jumlah zakat yang wajib anda bayar adalah:
900 gram – 800 gram = 100 gram/RM16,000 (Harga emas semasa RM160)
2.5% x RM16,000 = RM400

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia. 

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram. 
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram 
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram 
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000 
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram 
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram 
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram 
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram 
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf 
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram 
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram 
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram 
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000 
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram 


16 November 2013 (10.12 pagi)

Teka-Teki Emas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Selamat hari sabtu dan sempena di pagi hari minggu ni saya nak berteka teki dengan anda semua. Teka teki ni senang ajer.. Jom.

TEKA TEKI EMAS:

Situasi 1 : Al-kisah seorang kakak bernama eyna...
2006 : Beli emas 20 gram = RM1,520 (harga semasa rm76/gram)
2013 : Nilai 20 gram emas nya RM3200! (rm160/gram)
Untung 100%! (7 tahun)

Situasi 2 : Al-kisah seorang bernama "ANDA"
2013 : Beli emas 20 gram = RM3,200 (harga semasa rm160/gram)
2020 : Nilai 20 gram emas nya RM10,060! (rm160/gram)
Untung 200%! (7 tahun)

NAK TAK MACAM TU? ;-)

Situasi 3 : Al-kisah seorang bernama "BELIAU"
2013 : Simpan ASB RM3200 (dengan purata dividen 9% setiap tahun)
2020 : Nilai simpanan meningkat kepada RM5,367.
Untung hanya lebih kurang 70% (7 tahun)

YANG MANA LEBIH UNTUNG?

See, tak rugi kan simpan emas;-)


16 November 2013 (8.54 pagi)

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 
 

Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar     
Phone Number : 013 222 6350

Thursday, November 14, 2013

Berniaga Sunnah Rasulullah SAW


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, 

Apa khabar semua? harap-harap sihat lah semua nya di bawah rahmat Allah SWT. Semoga hari ini, hari jumaat, penghulu segala hari membawa barakah kepada kita semua.  Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kenapa umat islam perlu berniaga dan kami di OSM juga membantu anda untuk berniaga dengan menyertai kami di OSM. 

"Kita Jaga Allah SWT (membuat segala perintahNya, 
meninggalkan segala laranganNya), Allah SWT akan jaga kita"

Kenapa orang islam perlu berniaga?


Sebagai asasnya, kita sebagai orang islam lebih mengetahui kehendak atau keperluan umat islam sendiri. Jadi sebab itulah, orang islam sendiri perlu berniaga. 

Jika kita sebagai umat islam  tidak tahu keperluan orang islam sendiri, teruklah kita. Lebih teruk lagi bila kita dah tahu keperluan tersebut, tapi kita masih biar orang bukan islam untuk menjalankan perniagaan atau mengusai bidang perniagaan. 

Bidang perniagaan ialah bidang yang luas, semua keperluan orang islam kita boleh diniagakan. Jika kita tidak membela, tidak mengambil initiatif dan tidak memahami perkara tersebut, maka sudah tentu cara hidup kita susah untuk kita terapkan dalam cara hidup islam. 

Kalau kita faham keperluan orang islam, kita perlu menjaga dan membela umat islam dari dipergunakan oleh orang bukan islam atau keperluan kita dipengaruhi dan dikuasai oleh orang bukan islam.

Sebab itulah kita perlu ada kesedaran untuk berniaga. Biasanya kalau berniaga kita fikir perlu ada modal, sebab itu kita bimbang dan takut.  Kita tidak sedar bahawa banyak benda melibatkan orang islam terancam kerana orang bukan islam kuasai keperluan hidup kita.

Kita lebih rela orang bukan islam mengusai kita, jadi penting untuk kita mula berniaga. Dari sini lah kita akan membangunkan ummah dan menguatkan ekonomi dunia. Itu satu benda yang kita perlu tanam dalam diri kita.

Kita perlu tanam dalam diri kita bahawa berniaga bukan hanya sebab nak hidupkan sunnah rasulullah SAW, tapi kita kena tengok sebab apa rasulullah SAW berniaga. Kerana apa? Sebenarnya rasulullah SAW ada misi besar dalam perniagaan, sebab rasullullah SAW nak menjaga kepentingan dan membela islam. Ini kerana kalau kita kuasai ekonomi, kita boleh kuasai dunia. Tapi kalau kita sedar tapi rasa benda itu biasa2 jer, kita sedia untuk berada dalam cengkaman orang bukan islam. 

Sebab itu penting untuk kita memahami kenapa orang islam perlu berniaga. Jadi, sekarang jom kita mula berniaga, kita kuasai ekonomi dan membela umat islam melalui perniagaan.  Benda ni sebenarnya sudah saya maklum kerana mentor saya Dr. Azizan Osman juga selalu menekankan perkara ni dalam seminar-seminar anjurannya yang pernah saya hadiri. Thank you mentor!

15 November 2013

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 
 

Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar     
Phone Number : 013 222 6350