Assalamualaikum
dan selamat sejahtera,
Apa khabar
semua? Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam. ;-)
Ok, seperti
yang saya janjikan semalam, hari ini saya kongsikan dengan anda bagaimana
melihat harga emas dunia dan bagaimana mengira harga emas dunia (dalam RM)
untuk emas 999.9 atau lebih dikenali emas 24k.
Untuk
melihat harga emas dunia dalam RM, anda boleh lihat di laman web dibawah:
Malaysian Ringgits per Gram |
Harga dalam
website ni dipanggil harga spot gold
(spot gold maksudnya harga paling terkini
emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan).
Ok, sekarang
kita dah tahu macam mana melihat harga emas dunia atau emas antarabangsa. Senang
je kan? Seterusnya, untuk lebih bijak dalam membeli kita juga boleh mengira nya
secara manual.
Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)
Berikut
adalah langkah-langkah untuk mengira harga emas pasaran dunia:
STEP 1. Rujuk
harga spot gold bagi 1 Oz di laman web kitco
Caranya:
Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html
1 Oz = USD1285.30.
(p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
STEP 2. Dapatkan kadar pertukaran ‘USD’ kepada ‘RM’.
Kemudian
anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate
USD kepada Ringgit Malaysia.
14 November 2013 - 1USD = RM3.1955 (klik pada gambar untuk lebih jelas) |
Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot
gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) /
31.1 gram
= (USD1285.30 x RM3.1955) / 31.1 gram
= RM4,107.18 / 31.1 gram
= RM132.06 / gram
= (USD1285.30 x RM3.1955) / 31.1 gram
= RM4,107.18 / 31.1 gram
= RM132.06 / gram
Jadi, harga
spot gold emas (24k) ialah RM132.06 segram (Harga emas dunia)
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian
anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain untuk
hari ini 14 November 2013.
Contohnya:
1. Harga Harian Syiling Kijang Emas : RM4,355 = 31.1gram (Lebih
kurang RM140/gram)
2. Harga Emas Public
Fine Gold (Public Gold) RM1,445 = 10 gram (Lebih kurang RM145/gram)
3. Harga Dinar Emas
Kelantan : RM653 = 1 dinar (Lebih kurang RM154/gram)
Harga OSM :
RM155
(Stokis) dan RM160 (ahli)
Kenapa harga kedai lain lagi rendah?
Sebenarnya ramai yang bertanya kepada saya kenapa harga emas 999 (24k) kedai lain lagi rendah dari OSM.
Kerana OSM
menyediakan emas (goldbar 24k) mampu milik dimana anda boleh membeli dalam
jumlah yang minimum iaitu 1 gram per purchase (1 gram shj sekali beli).
Ini kerana ‘goldbar’
yang disediakan mempunyai kos-kos perkhidmatan setiap satu gram (termasuk kos
pembukusan, minting dan lain-lain).
OSM terapkan
budaya menyimpan untuk menjamin masa depan sekurang-kurang 1 gram 1 bulan.
Boleh juga jika anda mahukan harga yang rendah tapi anda harus membeli dalam
quantiti yang banyak (seperti 10 gram, 20 gram, 1Oz, atau 1 dinar) seperti yang disediakan oleh
institusi-institusi atau kedai emas yang lain.
Tak semua
orang mampu untuk membeli emas dalam quantiti yang banyak dalam satu masa kan? ;-)
Sekian untuk
entri hari ini. Saya harap anda dapat ilmu emas yang bermanfaat sebab anda
boleh mengira sendiri harga emas dipasaran dunia.
14 November 2013
Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
No comments:
Post a Comment