Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat dibawah rahmat Nya dan saya ucapkan selamat hujung minggu. Jangan lupa luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang yer..
Hari ini saya ingin kongsikan tentang emas dan zakat. Pada
entri yang lepas yang bertajuk “Emas dan Zakat – Siri 1” saya telah kongsikan
tentang apa itu zakat emas, siapa yang wajib berzakat dalam emas, dalil-dalil
Al-quran yang menyebut tentang zakat emas dan lain-lain.
Jadi, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang bagaimana mengira zakat emas pula.
Untuk pengetahun anda semua, emas adalah salah satu logam
berharga yang wajib dizakatkan bila cukup haul (tempoh masa iaitu 1 haul
bersamaan 1 tahun bulan islam) dan nisab (berat emas).
Zakat emas dikategorikan kepada dua jenis:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai
Zakat emas yang disimpan
Emas yang tidak dipakai dalam tempoh 1 haul dan cukup
minimum nisab iaitu 85 gram, maka wajiblah kita berzakat sebanyak 2.5% daripada
nilai emas tersebut.
Contoh : Anda memiliki 90 gram (lebih 85 gram) bernilai RM14,400 (Harga semasa emas 160/gram) dan telah menyimpan emas tersebut cukup 1 tahun. Jadi jumlah zakat yang anda wajib bayar adalah:
2.5% x RM14,400 = RM360
Zakat emas yang dipakai
Emas yang kita pakai (barang kemas perhiasan) dalam tempoh 1
haul tidak wajib zakat keatasnya. Walaubagaimanapun, jika ia melebihi “uruf”,
maka ia wajib dizakatkan dengan kadar yang sama iaitu 2.5% dari lebihan nilai
uruf.
p/s : “Uruf” bermaksud berat maksimum yang boleh dipakai
oleh perempuan bagi setiap negeri.
Contoh: Jika anda bermastautin di Selangor, ,maka uruf nya
adalah 800 gram emas dan anda mempunyai barang kemas sebanyak 900
gram (melebihi uruf 800 gram). Maka jumlah zakat yang wajib anda bayar adalah:
900 gram – 800 gram = 100 gram/RM16,000 (Harga emas semasa RM160)2.5% x RM16,000 = RM400
Berikut
adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
16 November 2013 (10.12 pagi)

1xbet korean betting - Legalbet.co.kr
ReplyDelete1xbet korean betting. choegocasino 1xbet korean betting. 1xbet korean betting. 1xbet korean betting. 1xbet korean 1xbet korean betting. 1xbet korean งานออนไลน์ betting.