Social Icons


Pages

Thursday, October 10, 2013

Selamat ke Simpan Emas banyak?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Ramai yang bertanya dan komen tentang penyimpanan emas yang bukan barang kemas ni contohnya “goldbar”. Yelah, kita bukannya pakai. Kalau pakai benda tu sentiasa kat badan kita. Tak adalah nak tertinggal dimana-mana kan? Majoriti bertanya macammana nak simpan goldbar ni kalau beli banyak-banyak?. Ok, selain anda menukarnya kepada barang kemas (seperti yang OSM sediakan dimana pelanggan boleh tukar goldbar yang dibeli kepada barang kemas seperti gelang, cincin dan lain-lain) dan dipakai sendiri (oleh perempuan) atau dihadiahkan kepada isteri atau ibu (oleh lelaki), anda boleh juga hanya menyimpan emas goldbar tersebut dengan selamat. 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya simpan emas ni senang aje cuma bila anda baru sahaja mula berjinak-jinak menyimpan emas, anda akan berasa takut kerana anda rasa nilainya tinggi. Betul tak? Kalau anda simpan kereta atau barang-barang lain yang tinggi harganya, anda rasa takut tak risikonya? Tak kan? Ini kerana anda sudah biasa letak kereta diluar rumah kan? Padahal risiko hilang kereta lagi besar dari risiko hilang emas. Itu semua mindset je sebab anda terdengar orang cakap risiko simpan emas. Betul tak? Tapi lama kelamaan rasa takut tu akan hilang juga dan anda akan terbiasa menyimpan emas. Tapi apa-apa pun saya akan kongsi tip-tip penting untuk memastikan emas kita disimpan dengan selamat. Kita hanya mampu berusaha, tetapi tuhan yang menentukannya. Kan? Nak tahu bagaimana cara? Sekejap lagi saya akan kongsikan. 

Tapi sebelum tu anda harus tahu bahawa Ar-Rahnu bukanlah tempat untuk kita simpan emas kerana ia adalah tempat untuk mendapatkan pinjaman bila kita cagar/gadai emas kita. Jadi, menyimpan emas di Ar-Rahnu adalah merugikan kerana anda tak tahu menggandakan keuntungan dengan duit pajak itu. 

Tip 1: Anda boleh simpan emas anda dirumah

Di rumah? Selamat ke? Size 1 gram emas yang disediakan kecil dan nipis aje jika nak dibandingkan dengan duit syiling 10sen tu. Jadi, simpan 1 gram emas ni lagi senang sebenarnya dari simpan duit dan barang-barang berharga lain. Kita simpan la ditempat yang selamat sikit yang orang lain tak terfikir pun ada barang berharga dalam tu contohnya dalam soket dinding, tin biskut, peti ais, dalam lampu, bawah tv, bawah pinggan mangkuk dan sebagainya (kan kecil jer so senang la nak simpan). Asalkan jangan simpan dalam almari atau bawah bantal la sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak la kan. Nasihat saya, kalau simpan dirumah, bahagikan beberapa gram emas tu dibeberapa tempat. 

Contoh anda ada 20gram emas, jadi 5 gram satu tempat, 5 lagi tempat lain dan seterusnya. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Juga penting nya anda beritahu kepada pasangan atau ahli keluarga anda jika anda ada simpan dimana-mana takut anda terlupa la kan atau anda ‘pergi’ dulu. Contohnya, jika anda simpan dalam aircond, dan bila aircond rosak, pasangan anda panggil technician untuk baiki dan dia angkat ke kedai. Jadi emas anda lesap macam tu saja lah.  

Tip 2: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah

Safe deposit box ni sebenarnya tinggi kosnya dan tak juga selamat sangat. Kalau perompak masuk rumah memang ini lah yang ditujunya. Benda ini hanyalah lebih kepada kita nak simpan daripada orang dalam rumah contoh anak-anak, ahli keluarga lain atau pembantu rumah saja. Benda ni agak mahal dan kurang praktikal. 


Tip 3: Jangan bagi tahu sesiapa

Bila anda membeli emas, yang penting anda jangan bagitau sesiapa kecuali pasangan anda sahaja. Anda tak perlu tunjukkan pada kawan-kawan yang anda beli emas banyak nanti lain pulak jadinya. Duduk diam-diam sudah. Biar orang pandang kita tak ada harta padahal kita kaya sebenarnya kerana memiliki banyak emas. Untuk apa? Untuk masa depan dan anak-anak kita juga sebenarnya kan?

Tip 4: Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta

Sebenarnya, cara paling selamat dan tidak perlu risau akan emas kita adalah dengan cara simpan di safe Deposit Box berbayar dibank atau syarikat swasta. Lagipun ianya murah saja kerana kosnya hanya sekitar RM100 untuk box paling kecil dan boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind. Betul tak?
Soalan: Di Bank atau Syarikat Swasta?
  1. Untuk anda yang hanya menyimpan – saya nasihatkan sewa dibank sahaja sebab kosnya murah. Cuma cover insurannya sedikit sahaja iaitu RM10,000. Kalau anda nak cover lebih (maklumla simpan banyak emas ;), anda kena lah runding dengan bank untuk naikkan cover insuran tu. Waktu servis juga tertakluk kepada waktu pejabat sahaja iaitu pagi hingga petang.
  2. Untuk taukeh emas atau dealer emas – saya cadangkan anda sewa safe deposit box di syarikat swasta kerana cover insuran dia tinggi, waktu dia pun lebih fleksibel iaitu 9 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. (special kan?) tapi bergantung kepada syarikat yang anda pilih tu.

 Senarai link Safe Deposit Box, bank dan syarikat swasta:
Sekian perkongsian saya kali ini. Harap anda dapat sedikit idea daripada entri ini. Hari pun sudah nak tengah malam. (10.50 malam). Saya pun sudah mengantuk. Esok kita cerita pasal emas la ok. ok selamat malam ;-)

Nor Zuriana Mohammad

Pakar Perniagaan dan Simpanan Emas
fb Page : www.facebook.com/pakarniagasimpanemas
Biz page: www.facebook.com/orosavergoldbar
phone number : 013 - 222 6350



Wednesday, October 9, 2013

Tulen ke Emas OSM?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Contoh 1 gram Emas 999.9 dari OSM
Sepanjang saya berkongsi tentang produk syarikat kami (Kedai Emas OSM), kerapkali orang bertanya tentang ketulenan emas yang kami sediakan. "Tulen ke?", "macam mana nak tahu tulen ke tak emas OSM ni?", "Risau la takut tertipu", "Betul ke emas ni?" dan macam-macam lagi pertanyaan. Saya faham kenapa ianya selalu dipersoalkan sedemikian kerana banyak berlaku penipuan disebalik logam yang dipanggil emas ini dan dipersoal tentang ketulenannya. Bagusla jika masing-masing ada perasaan "risau" kerana emas ini bukan seperti logam-logam lain yang tak bernilai, sekali kita kena tipu, memang rugi gila la kan? Mengamuk tak sudah lah. Iyelah bukan murah nilai emas ni!

Ok pertama kali ingin saya tekankan disini, kami berniaga secara ikhlas dan jujur demi memperjuangkan sunnah Rasullullah SAW iaitu berniaga. Urusniaga kami adalah urusniaga yang betul bagi membantu orang ramai yang kurang berkemampuan membeli emas (yang biasanya dijual dengan berat yang banyak) dengan menyediakan produk emas 1 gram mampu milik. Yelah, harga 1gram emas 999.9 sekarang dalam RM162. Kalau orang lain jual goldbar 5gram (RM810), semua orang mampu? Memang tak la kan? Jadi kami membantu dan menggalakkan orang ramai supaya memiliki emas dari sekarang dengan membeli sekurangnya 1 gram 1 bulan.

SMS dari Pelanggan
Saya akan kongsikan bagaimana mengesan ketulenan emas dengan cara yang mudah dan ringkas. Tapi, dalam entri seterusnya la ye?  Dalam entri ini, cukuplah sekadar saya kongsikan satu sms (mesej) dari pelanggan bila dia pergi ke kedai emas lain untuk menguji ketulenan emas dari kedai emas kami.



Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 

Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar   
Phone Number : 013 222 6350

Tuesday, October 8, 2013

Emas dan Zakat - Siri 1


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu islamik mengenai zakat dan emas. Tahukah anda apa itu zakat? Kalau ada yang kurang jelas mengenai zakat, jom kita lihat apa maksud zakat yang sebenar. 

Zakat - Berasal dari kata tazakka iaitu bermaksud "mensucikan". Ia adalah DERMA yang wajib diberikan oleh seseorang muslim (orang islam) yang MAMPU kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Zakat juga merupakan rukun islam yang ketiga. Jom kita lihat pula rukun islam.

Rukun Islam (Suruhan Allah SWT untuk mentaatNya):

  1. Mengucap dua kalimah Shahadah.
  2. Menunaikan solat fardhu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
  4. Membayar ZAKAT
  5. Mengerjakan Haji di Mekah (Mereka bagi yang mampu)

Ok, sekarang kita sambung mengenai zakat lagi. Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang dan dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan yang tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

(Û±Û°Û³) Ø®ُØ°ۡ Ù…ِÙ†ۡ Ø£َÙ…ۡÙˆَالِÙ‡ِÙ…ۡ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَاللّÙ‡ُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
 
Apa kaitannya Emas dan Zakat?

Seperti yang kita maklum, sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna dan bernilai berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Sebab itulah syarak menganggap emas dan perak sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya. Apa bukti kita wajib membayar zakat emas? Ok jom kita lihat dalil (bukti) dibawah:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu." - (Surah At-Taubah : 34-35)
Begitu juga dengan Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud:
 “Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.” - (Riwayat Muslim)
Siapa yang WAJIB membayar zakat Emas?

Orang yang wajib membayar zakat emas dan perak adalah seorang muslim yang merdeka (bukan hamba kepada seseorang), sempurna milik (memiliki emas yang banyak), cukup haul (cukup tempoh 12 bulan iaitu 1 haul bersamaan 1 tahun mengikut kalendar islam) dan cukup Nisab ((Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak). 

Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Sebagai seorang muslim yang taat pada perintahNya, wajib kita membayar zakat emas (dan perak) jika terdapat kelima-lima criteria diatas agar dapat kita mensucikan harta kita (emas) jika ada dosa darinya (hasil dari transaksi jual beli tidak sah/tidak berkat atau penipuan yang berlaku) dan mensucikan harta emas kita (dari akhlak yang buruk seperti riak mempunyai emas yang banyak, menunjuk-nunjuk dan sebagainya) kerana kita tidak tahu sebagaimaha Allah SWT yang maha mengetahui. Seperti dari ayat Allah SWT diatas, bila kita berzakat, Nabi Allah SWT (Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi) akan mendoakan untuk kita supaya menjadi tenteram, berjaya dunia akhirat, kaya dunia akhirat dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Bukankah kita amat memerlukan keberkatan dunia akhirat? 

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar 

Phone Number : 013 222 6350  




Sunday, October 6, 2013

Tak Sedar Harga Emas Semakin Melonjak Naik?



Assalamualaikum dan selamat pagi.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesihatan yang baik dan terus dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Disini ingin saya berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai ilmu emas ini.

Rupanya masih ramai tidak sedar harga emas makin lama makin naik dari tahun ke tahun. Bila saya kongsi ilmu tentang emas, ramai mesej saya ingin tahu lebih lanjut mengenai emas dan berminat berniaga emas. Alhamdulillah beberapa hari lepas ada beberapa orang rakan yang saya kenali dan tidak kenali (lelaki dan perempuan) berminat dalam perniagaan emas dan telah menyertai kami sebagai pengedar dan sekaligus membeli beberapa gram emas lagi selain mendapat PERCUMA beberapa gram goldbar 999.9 (mengikut pakej pengedar) yang automatik dapat apabila sertai kami di OSM. 
 
Kebelakangan ini, makin lama orang melayu makin sedar betapa bernilai nya emas. Sebelum  ini, di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah di kalangan  kita. Kebanyakan orang Melayu suka sangat membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99. Sebelum ni saya pun tidak sedar harga emas makin meningkat dan mahal, bila ingin beli gelang tahun lepas baru lah terkejut tengok harga 1gram emas yang kecil tu dah dekat RM200?? Jika gelang yang 20 gram tu berapa?

Apabila barang kemas dijual balik, potongan sebanyak 30 -40 % dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.  Emas kita lihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan kita mengatasi masalah ekonominya. Inilah satu-satunya peluang bagi kita (orang Melayu) melipatkan gandakan nilai harta kita!. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan! 

Setengah orang cakap “buat apa beli emas, nanti kena bayar zakat”. Apa yang nak disusahkan, bayar sajalah. (itupun kalau lebih 85gram). Itu tandanya kita bersyukur kepada Allah SWT kerana memiliki kekayaan dan janji Allah SWT, sesiapa yang bersyukur, Dia akan menambah lagi rezeki kita dan janji Allah itu PASTI! BETUL TAK...?


Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar 

Phone Number : 013 222 6350  






Kenapa Lelaki Haram Memakai Emas?

Assalam & selamat Sejahtera,

Apa khabar semua? Harap semua nya baik-baik. Sempena hari lahir saya hari ini, jom saya kongsikan dengan anda semua kenapa Islam mengharamkan lelaki memakai emas. Seperti yang kita sedia maklum bila islam mengharamkan sesuatu perkara, mesti ada hikmah atau kebaikan di sebaliknya.

Zarah yg wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson,ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah..

"Wanita tidak menderita masalah ini karana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas,ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam.



Ini tak adil?
  

Adakah kaum lelaki kecewa kerana tidak dapat memakai logam emas yang bernilai ni?Bila tak dapat memakai, jadi lelaki tak membeli, kenapa nak membeli bukannya boleh pakai. Betul tak? Tak apa jangan risau, kerana itu kita menyediakan emas dalam bentuk "goldbar" iaitu emas yang bukan bentuk barang kemas yang boleh tidak boleh dipakai tetapi boleh disimpan untuk jangka masa yang lama dan mendapat keuntungan hasil dari simpanan tersebut! Bagaimana caranya?

Anda boleh membeli goldbar tersebut dan simpan. Dalam jangka masa yang panjang dalam 5 hingga 10 tahun, anda akan nampak keuntungan daripada nilai emas itu kerana emas meningkat nilainya saban tahun. Contohnya harga 1 gram emas 999.9 pada tahun 2001 ialah RM36 dan meningkat sebanyak lebih kurang 500% dimana harga 1 gram emas 999.9 pada tahun 2013 adalah RM160-170. 

Kami di OSM membantu orang ramai untuk memiliki emas yang mampu milik dengan menyediakan produk emas 1 gram dalam bentuk goldbar dan goldbar tersebut boleh dijual
balik kepada pihak syarikat atau ditukar kepada barang kemas siap seperti gelang, cincin dan lain-lain mengikut berat gram ke gram tanpa susut nilai.


Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar 

Phone Number : 013 222 6350  

Saturday, October 5, 2013

Apa itu Susut Nilai Emas?

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Apa khabar semua hari ini? Kalau sihat, bersyukurlah kita ke hadrat Allah SWT  kerana diberi kesihatan yang baik dan terus dapat memberi nilai kepada orang ramai. 

Kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan saya tentang Spread atau susut nilai dalam jual beli emas. Spread adalah PERBEZAAN harga jualan (Harga yang dijual oleh kedai emas kepada anda) dan harga belian (Harga yang dibeli oleh kedai emas daripada anda). 

Formula boleh dikatakan macam ini - Harga jualan - Harga belian = ?. 

Sebagai contoh kedai emas menjual kepada anda 1gram goldbar 999.9 pada bulan 9, 2013 ialah RM162 dan kedai emas tersebut membelinya pada bulan 10, 2013 pada harga RM145.80. Jadi, susut nilai adalah 10%. iaitu RM16.20 (RM162 - RM145 = RM16.20)

Kebiasaan spread/susut nilai disebut dalam bentuk %. Lebih kecil spread lebih bagus dan lebih untung.
       
Untuk pengetahuan semua, tiada badan-badan tertentu daripada kerajaan atau lain-lain yang mengawal atau meletakkan had susut nilai emas ini.  Spread ditentukan oleh pekedai emas itu sendiri dan ianya terpulang pada mereka untuk meletakkan susut nilai/spread kepada orang ramai. Macam kita menawarkan harga lah, terpulang kepada kedai tersebut lah nak tawarkan kita berapa. Betul tak?

Rugi ke kalau beli emas dan terus jual?

Ok, untuk pengetahuan semua, nilai emas tidak lah seperti barang lain seperti baju, tudung atau mana-mana produk yang kita boleh beli hari ini dah jual keesokkannya dimana kita boleh mendapat untung seringgit atau dua ringgit. Emas adalah simpanan jangka masa panjang dimana nilainya semakin naik saban tahun tidak seperti produk yang saya tulis diatas. 

Ya, memang rugi kalau terus jual balik, sebab kita boleh nampak ruginya (Seperti contoh diatas beli bulan 9 dan jual bulan 10). Emas ni suatu pelaburan jangka masa panjang. Buat apa beli bulan ni dan terus jual bulan depan? Kenapa nak jual balik kalau anda baru beli? Sekurang-kurangnya kita simpan dalam tempoh setahun atau lebih la kan. Cuba tengok atuk dan nenek kita, barang kemas yang mereka pakai zaman bila? bertahun-tahun kan? Orang zaman dulu beli emas, dan simpan kemudian emas itu digunakan hanya bila perlu atau mungkin diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Kalau anda tengok dalam entri saya sebelum ni tentang harga segram emas dari tahun 2001 ke 2013 jauh beza kan? Baju atau tudung ada macam tu? ;-)

Boleh nampak kan, semakin lama kita simpan emas semakin tinggi nilainya dikemudian hari. Pada waktu itu lah baru sesuai jika kita ingin menjual emas yang kita simpan tadi dan harga yang kita dapat pasti lebih tinggi berbanding dengan harga masa kita mula-mula beli dulu. Walaupun ada susut nilai, kita masih untung.


Sebagai contoh, kita beli 1 gram emas pada tahun 2001 RM36/gram dan menjualnya pada tahun 2013 RM162/gram. Kedai emas yang kita nak jual emas tu letak susut nilai 10% dari harga semasa iaitu RM16.20/gram. (RM145.20 - RM36 = RM109.80). Untung tak jika dibanding dengan yang tadi? Itu baru 1 gram. Kalau 144gram? - 12 tahun (kumpul 1 gram 1 bulan). Ha, cuba kira? Bukan ke RM15,811.20???? Kalau kita ada 144gram pada tahun 2001 baru dapat RM5,184.

Kadang-kadang ramai yang tak tahu atau buat-buat malas nak cari kedai emas yang menawarkan spread yang kecil. 

Apa kesilapan kita sebagai pelabur emas?

  • Tidak memeriksa berapa susut nilai SEBELUM beli emas
Memang kita tidak boleh lari dari susut nilai walau kemana pun kita pergi ke kedai emas dari utara ke selatan atau dari timur kebarat kerana orang berniaga mesti lah mahu keuntungan. (Melainkan goldbar ditukar kepada barang kemas di OSM, memang tiada susut nilai). Akan tetapi apa yang kita boleh buat ialah mencari spread yang terendah. Bila susut nilai emas kita kecil, keuntungan yang kita dapat juga semakin besar.

Sebagai contoh, (Contoh lagi..) ;-)

Ana membeli barang kemas dengan berat 100g dari OSM (OSM letak spread 10% hanya kepada stokis) dan kawan beliau, Rosalinda pula membeli barang kemas dengan berat yang sama, 100g juga tapi dari syarikah NZM (syarikat NZM letak spread 25%). Kemudian lepas 5 tahun, harga emas dah meningkat sebanyak 90% dari harga masa mereka mula-mula beli dahulu. Katalah mereka berdua masing-masing nak jual barang kemas 100gram mereka dari tempat asal mereka beli.  Agak-agaknya siapa yang lebih untung? Ya, dua-dua sama untung tapi ternayata Ana lagi untung sebab spread emasnya cuma 10% sedangkan spread emas Ros 25%.

Jadi, sebelum kita membeli emas, carilah spread yang kecil. Lebih kecil spread lebih bagus. Spread akan mempercepatkan keuntungan dalam pelaburan emas. Sebab itulah bagi saya pelaburan emas melalui OSM adalah yang terbaik. Selain menyediakan emas 1 gram yang mampu milik, OSM juga memberi keistimewaan kepada ahli-ahli dan stokis-stokis nya dengan menawarkan spread yang kecil. Berikut saya kongsi spread/susut nilai dari OSM: 


TERMA DAN SYARAT SUSUT NILAI DALAM OSM:
 
GOLDBAR OSM TUKAR BARANG KEMAS = TIADA SUSUT NILAI
  • STOKIS
- GOLDBAR OSM TUKAR TUNAI = 10% SUSUT NILAI
- BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 12% SUSUT NILAI
- BUKAN BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 13% SUSUT NILAI
  •  AHLI
- GOLDBAR OSM TUKAR TUNAI = 13% SUSUT NILAI
- BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 15% SUSUT NILAI
- BUKAN BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 16% SUSUT NILAI

  •  BUKAN AHLI/STOKIS
- GOLDBAR OSM TUKAR TUNAI = 16% SUSUT NILAI
- BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 18% SUSUT NILAI
- BUKAN BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 19% SUSUT NILAI


Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar 
Phone Number : 013 222 6350