Social Icons


Pages

Thursday, October 10, 2013

Selamat ke Simpan Emas banyak?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Ramai yang bertanya dan komen tentang penyimpanan emas yang bukan barang kemas ni contohnya “goldbar”. Yelah, kita bukannya pakai. Kalau pakai benda tu sentiasa kat badan kita. Tak adalah nak tertinggal dimana-mana kan? Majoriti bertanya macammana nak simpan goldbar ni kalau beli banyak-banyak?. Ok, selain anda menukarnya kepada barang kemas (seperti yang OSM sediakan dimana pelanggan boleh tukar goldbar yang dibeli kepada barang kemas seperti gelang, cincin dan lain-lain) dan dipakai sendiri (oleh perempuan) atau dihadiahkan kepada isteri atau ibu (oleh lelaki), anda boleh juga hanya menyimpan emas goldbar tersebut dengan selamat. 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya simpan emas ni senang aje cuma bila anda baru sahaja mula berjinak-jinak menyimpan emas, anda akan berasa takut kerana anda rasa nilainya tinggi. Betul tak? Kalau anda simpan kereta atau barang-barang lain yang tinggi harganya, anda rasa takut tak risikonya? Tak kan? Ini kerana anda sudah biasa letak kereta diluar rumah kan? Padahal risiko hilang kereta lagi besar dari risiko hilang emas. Itu semua mindset je sebab anda terdengar orang cakap risiko simpan emas. Betul tak? Tapi lama kelamaan rasa takut tu akan hilang juga dan anda akan terbiasa menyimpan emas. Tapi apa-apa pun saya akan kongsi tip-tip penting untuk memastikan emas kita disimpan dengan selamat. Kita hanya mampu berusaha, tetapi tuhan yang menentukannya. Kan? Nak tahu bagaimana cara? Sekejap lagi saya akan kongsikan. 

Tapi sebelum tu anda harus tahu bahawa Ar-Rahnu bukanlah tempat untuk kita simpan emas kerana ia adalah tempat untuk mendapatkan pinjaman bila kita cagar/gadai emas kita. Jadi, menyimpan emas di Ar-Rahnu adalah merugikan kerana anda tak tahu menggandakan keuntungan dengan duit pajak itu. 

Tip 1: Anda boleh simpan emas anda dirumah

Di rumah? Selamat ke? Size 1 gram emas yang disediakan kecil dan nipis aje jika nak dibandingkan dengan duit syiling 10sen tu. Jadi, simpan 1 gram emas ni lagi senang sebenarnya dari simpan duit dan barang-barang berharga lain. Kita simpan la ditempat yang selamat sikit yang orang lain tak terfikir pun ada barang berharga dalam tu contohnya dalam soket dinding, tin biskut, peti ais, dalam lampu, bawah tv, bawah pinggan mangkuk dan sebagainya (kan kecil jer so senang la nak simpan). Asalkan jangan simpan dalam almari atau bawah bantal la sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak la kan. Nasihat saya, kalau simpan dirumah, bahagikan beberapa gram emas tu dibeberapa tempat. 

Contoh anda ada 20gram emas, jadi 5 gram satu tempat, 5 lagi tempat lain dan seterusnya. Ini penting untuk meminimumkan kerugian kalau rumah anda kena pecah masuk. Juga penting nya anda beritahu kepada pasangan atau ahli keluarga anda jika anda ada simpan dimana-mana takut anda terlupa la kan atau anda ‘pergi’ dulu. Contohnya, jika anda simpan dalam aircond, dan bila aircond rosak, pasangan anda panggil technician untuk baiki dan dia angkat ke kedai. Jadi emas anda lesap macam tu saja lah.  

Tip 2: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah

Safe deposit box ni sebenarnya tinggi kosnya dan tak juga selamat sangat. Kalau perompak masuk rumah memang ini lah yang ditujunya. Benda ini hanyalah lebih kepada kita nak simpan daripada orang dalam rumah contoh anak-anak, ahli keluarga lain atau pembantu rumah saja. Benda ni agak mahal dan kurang praktikal. 


Tip 3: Jangan bagi tahu sesiapa

Bila anda membeli emas, yang penting anda jangan bagitau sesiapa kecuali pasangan anda sahaja. Anda tak perlu tunjukkan pada kawan-kawan yang anda beli emas banyak nanti lain pulak jadinya. Duduk diam-diam sudah. Biar orang pandang kita tak ada harta padahal kita kaya sebenarnya kerana memiliki banyak emas. Untuk apa? Untuk masa depan dan anak-anak kita juga sebenarnya kan?

Tip 4: Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta

Sebenarnya, cara paling selamat dan tidak perlu risau akan emas kita adalah dengan cara simpan di safe Deposit Box berbayar dibank atau syarikat swasta. Lagipun ianya murah saja kerana kosnya hanya sekitar RM100 untuk box paling kecil dan boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind. Betul tak?
Soalan: Di Bank atau Syarikat Swasta?
  1. Untuk anda yang hanya menyimpan – saya nasihatkan sewa dibank sahaja sebab kosnya murah. Cuma cover insurannya sedikit sahaja iaitu RM10,000. Kalau anda nak cover lebih (maklumla simpan banyak emas ;), anda kena lah runding dengan bank untuk naikkan cover insuran tu. Waktu servis juga tertakluk kepada waktu pejabat sahaja iaitu pagi hingga petang.
  2. Untuk taukeh emas atau dealer emas – saya cadangkan anda sewa safe deposit box di syarikat swasta kerana cover insuran dia tinggi, waktu dia pun lebih fleksibel iaitu 9 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. (special kan?) tapi bergantung kepada syarikat yang anda pilih tu.

 Senarai link Safe Deposit Box, bank dan syarikat swasta:
Sekian perkongsian saya kali ini. Harap anda dapat sedikit idea daripada entri ini. Hari pun sudah nak tengah malam. (10.50 malam). Saya pun sudah mengantuk. Esok kita cerita pasal emas la ok. ok selamat malam ;-)

Nor Zuriana Mohammad

Pakar Perniagaan dan Simpanan Emas
fb Page : www.facebook.com/pakarniagasimpanemas
Biz page: www.facebook.com/orosavergoldbar
phone number : 013 - 222 6350



No comments:

Post a Comment