Social Icons


Pages

Saturday, October 5, 2013

Apa itu Susut Nilai Emas?

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Apa khabar semua hari ini? Kalau sihat, bersyukurlah kita ke hadrat Allah SWT  kerana diberi kesihatan yang baik dan terus dapat memberi nilai kepada orang ramai. 

Kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan saya tentang Spread atau susut nilai dalam jual beli emas. Spread adalah PERBEZAAN harga jualan (Harga yang dijual oleh kedai emas kepada anda) dan harga belian (Harga yang dibeli oleh kedai emas daripada anda). 

Formula boleh dikatakan macam ini - Harga jualan - Harga belian = ?. 

Sebagai contoh kedai emas menjual kepada anda 1gram goldbar 999.9 pada bulan 9, 2013 ialah RM162 dan kedai emas tersebut membelinya pada bulan 10, 2013 pada harga RM145.80. Jadi, susut nilai adalah 10%. iaitu RM16.20 (RM162 - RM145 = RM16.20)

Kebiasaan spread/susut nilai disebut dalam bentuk %. Lebih kecil spread lebih bagus dan lebih untung.
       
Untuk pengetahuan semua, tiada badan-badan tertentu daripada kerajaan atau lain-lain yang mengawal atau meletakkan had susut nilai emas ini.  Spread ditentukan oleh pekedai emas itu sendiri dan ianya terpulang pada mereka untuk meletakkan susut nilai/spread kepada orang ramai. Macam kita menawarkan harga lah, terpulang kepada kedai tersebut lah nak tawarkan kita berapa. Betul tak?

Rugi ke kalau beli emas dan terus jual?

Ok, untuk pengetahuan semua, nilai emas tidak lah seperti barang lain seperti baju, tudung atau mana-mana produk yang kita boleh beli hari ini dah jual keesokkannya dimana kita boleh mendapat untung seringgit atau dua ringgit. Emas adalah simpanan jangka masa panjang dimana nilainya semakin naik saban tahun tidak seperti produk yang saya tulis diatas. 

Ya, memang rugi kalau terus jual balik, sebab kita boleh nampak ruginya (Seperti contoh diatas beli bulan 9 dan jual bulan 10). Emas ni suatu pelaburan jangka masa panjang. Buat apa beli bulan ni dan terus jual bulan depan? Kenapa nak jual balik kalau anda baru beli? Sekurang-kurangnya kita simpan dalam tempoh setahun atau lebih la kan. Cuba tengok atuk dan nenek kita, barang kemas yang mereka pakai zaman bila? bertahun-tahun kan? Orang zaman dulu beli emas, dan simpan kemudian emas itu digunakan hanya bila perlu atau mungkin diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Kalau anda tengok dalam entri saya sebelum ni tentang harga segram emas dari tahun 2001 ke 2013 jauh beza kan? Baju atau tudung ada macam tu? ;-)

Boleh nampak kan, semakin lama kita simpan emas semakin tinggi nilainya dikemudian hari. Pada waktu itu lah baru sesuai jika kita ingin menjual emas yang kita simpan tadi dan harga yang kita dapat pasti lebih tinggi berbanding dengan harga masa kita mula-mula beli dulu. Walaupun ada susut nilai, kita masih untung.


Sebagai contoh, kita beli 1 gram emas pada tahun 2001 RM36/gram dan menjualnya pada tahun 2013 RM162/gram. Kedai emas yang kita nak jual emas tu letak susut nilai 10% dari harga semasa iaitu RM16.20/gram. (RM145.20 - RM36 = RM109.80). Untung tak jika dibanding dengan yang tadi? Itu baru 1 gram. Kalau 144gram? - 12 tahun (kumpul 1 gram 1 bulan). Ha, cuba kira? Bukan ke RM15,811.20???? Kalau kita ada 144gram pada tahun 2001 baru dapat RM5,184.

Kadang-kadang ramai yang tak tahu atau buat-buat malas nak cari kedai emas yang menawarkan spread yang kecil. 

Apa kesilapan kita sebagai pelabur emas?

  • Tidak memeriksa berapa susut nilai SEBELUM beli emas
Memang kita tidak boleh lari dari susut nilai walau kemana pun kita pergi ke kedai emas dari utara ke selatan atau dari timur kebarat kerana orang berniaga mesti lah mahu keuntungan. (Melainkan goldbar ditukar kepada barang kemas di OSM, memang tiada susut nilai). Akan tetapi apa yang kita boleh buat ialah mencari spread yang terendah. Bila susut nilai emas kita kecil, keuntungan yang kita dapat juga semakin besar.

Sebagai contoh, (Contoh lagi..) ;-)

Ana membeli barang kemas dengan berat 100g dari OSM (OSM letak spread 10% hanya kepada stokis) dan kawan beliau, Rosalinda pula membeli barang kemas dengan berat yang sama, 100g juga tapi dari syarikah NZM (syarikat NZM letak spread 25%). Kemudian lepas 5 tahun, harga emas dah meningkat sebanyak 90% dari harga masa mereka mula-mula beli dahulu. Katalah mereka berdua masing-masing nak jual barang kemas 100gram mereka dari tempat asal mereka beli.  Agak-agaknya siapa yang lebih untung? Ya, dua-dua sama untung tapi ternayata Ana lagi untung sebab spread emasnya cuma 10% sedangkan spread emas Ros 25%.

Jadi, sebelum kita membeli emas, carilah spread yang kecil. Lebih kecil spread lebih bagus. Spread akan mempercepatkan keuntungan dalam pelaburan emas. Sebab itulah bagi saya pelaburan emas melalui OSM adalah yang terbaik. Selain menyediakan emas 1 gram yang mampu milik, OSM juga memberi keistimewaan kepada ahli-ahli dan stokis-stokis nya dengan menawarkan spread yang kecil. Berikut saya kongsi spread/susut nilai dari OSM: 


TERMA DAN SYARAT SUSUT NILAI DALAM OSM:
 
GOLDBAR OSM TUKAR BARANG KEMAS = TIADA SUSUT NILAI
  • STOKIS
- GOLDBAR OSM TUKAR TUNAI = 10% SUSUT NILAI
- BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 12% SUSUT NILAI
- BUKAN BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 13% SUSUT NILAI
  •  AHLI
- GOLDBAR OSM TUKAR TUNAI = 13% SUSUT NILAI
- BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 15% SUSUT NILAI
- BUKAN BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 16% SUSUT NILAI

  •  BUKAN AHLI/STOKIS
- GOLDBAR OSM TUKAR TUNAI = 16% SUSUT NILAI
- BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 18% SUSUT NILAI
- BUKAN BARANG KEMAS OSM TUKAR TUNAI = 19% SUSUT NILAI


Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar 
Phone Number : 013 222 6350  


No comments:

Post a Comment