Assalamualaikum dan Selamat Malam
para pembaca dihormati.
Apa khabar rakan-rakan semua?
Moga-moga sihat sejahtera hendaknya. Saya baru berkesempatan menulis blog ni
malam ni untuk hari ini. Disini ingin
saya berkongsi tentang pengalaman saya hari ini. Sebagaimana yang saya telah
maklumkan sebelum ini, selain terlibat aktif dalam dunia emas saya juga merupakan
seorang pensyarah disalah sebuah IPTS. Jadi selepas habis kelas tengahari tadi,
saya terus bergegas ke bandar baru bangi untuk berjumpa dengan seorang
pelanggan atau lebih mesra saya panggil makcik yang berminat dengan perniagaan
emas. Sebelum sampai kepada jam yang dijanjikan, saya ambil kesempatan untuk “berdating”
dengan suami saya yang berkerja di sana. Bukan apa, kami hanya makan tengahari
bersama dan berkongsi cerita masing-masing. Sudah hampir kepada jam yang
dijanjikan, saya dapat mesej daripada makcik tersebut yang katanya lambat
sedikit. Saya terus menunggu bersama suami dan sabar merupakan kunci utama
dalam perniagaan walau apa pun produk yang kita niagakan. Dalam beberapa minit, makcik tersebut sampai
dan keterujaan serta semangat makcik tu tentang emas memang menaikkan semangat saya untuk terus memberi
ilmu tentang emas dan dan membantu ramai orang untuk menyimpan emas demi masa
depan mereka. Tapi, dimana golongan muda? Ramai golongan muda yang ternyata
belum “sedar” mengenai kepentingan menyimpan emas dan nilai sebenar emas dimata
dunia sehinggakan Allah SWT sendiri banyak berkata tentang emas dalam al- quran.
Antara contoh nya ialah (terdapat banyak lagi ayat lain yang menyebut tentang
emas:
“(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan masukinya, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari EMAS dan mutiara dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera” - Surah Faatir. Ayat 033.
“Mereka itu, disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya” - Surah AlKahfi. Ayat 031.
Disitu kita boleh lihat betapa
bernilainya emas sehingga boleh didapati di syurga yang indah. Handbag LV atau
ferrari ada disebut? Tak ada kan? Memang benda-banda tersebut semua boleh
didapati di syurga tetapi secara spesifik nya Allah SWT tidak menyebutnya. Ada juga golongan muda yang berminat menyimpan
emas atau membuat perniagaan emas. Ada juga yang betul-betul berminat dan
serius menyimpan/berniaga emas dan terus menyertai saya dalam perniagaan dan
simpanan emas ini dan ucapan tahniah saya ucapkan pada mereka kerana “nampak”
masa depan mereka sendiri. Tetapi ada juga yang berminat tapi sekadar “hangat-hangat
tahi ayam” dan suka menghabiskan wang mereka kepada benda-benda kurang
bernilai. Namun walau apa pun saya akan terus meneruskan perjuangkan dalam
membantu dan memberi kesedaran tentang pentingnya menyimpan emas ini supaya
mereka-mereka diluar sana tidak menyesal dikemudian hari.
Selepas itu, saya pergi
berjalan-jalan seorang diri (cuci mata katanya) di salah sebuah shopping
complex di bandar baru bangi untuk membeli sedikit barang keperluan saya. Apabila sudah ditemui apa yang ingin dicari,
saya mencuci mata pula masuk ke salah sebuah kedai emas dalam shopping complex
tersebut. Memang banyak produk emas yang
disediakan dan saya bertanya mengenai harga segram emas 999.9 dan emas 916. Ternyata
harga mereka lebih tinggi dari harga OSM dan tidak disediakan goldbar dalam
bentuk 1 gram seperti OSM dimana hanya 5 gram goldbar 999.9 yang disediakan. Tapi
mampu ke semua orang nak beli 5 gram terus? Yang pada masa tu berharga lebih
kurang RM850 sedangkan dalam OSM hanya lebih kurang RM800 untuk 5 gram goldbar.
Mampu ke semua orang nak beli terus 5 gram? Itu lah beza nya OSM dengan kedai
emas lain kerana kami membantu orang ramai memiliki emas sekurang-kurang 1 gram.
Saya tanyakan tentang emas yang
disediakan dan ada beberapa soalan yang saya ajukan tidak dapat dijawab oleh
jurujual di kedai emas tersebut dan terpaksa dijawab oleh pemiliknya. Itu tak mengapa, hari-hari adalah hari untuk
belajar (learning process) dan mendapat ilmu baru. Tapi apa yang saya kesalkan,
cara layanan mereka kepada pelanggan. Tidak mesra langsung! Bak kata guru saya
Dr. Azizan Osman dan semua orang pun tahu, yang paling penting dalam perniagaan
adalah pelanggan! Tanpa pelanggan siapa lah kita dalam industri? Mereka harus/wajib
tingkatkan layanan mesra mereka kepada pelanggan tidak kira waktu apapun. Mungkin
waktu tu dah petang, mereka pun penat kiranya. Tapi itu bukan lah alasan kita
untuk melayan pelanggan sambil lewa. Mana tahu pelanggan yang bertanya tu ada
potensi untuk membeli atau berminat dengan produk kita bukan kerana barang yang
dijual tapi kerana servis mesra dari jurujual.
Lagipun, pertanyaan dari pelanggan lah yang membuat kita pakar dalam
sesuatu perkara kerana kita berusaha mencari jawapan yang ditanya malah
menambah ilmu kita tentang perkara tersebut.
Oh, terlupa.. panjang umur makcik yang saya jumpa tengahari tadi, ketika
entri ni ditulis, dia “whatsapp” saya ingin bertanyakan nama Facebook saya.
Semangat betul ye dia nak lebih tahu tentang emas? Sekian lah dari saya untuk entri malam ini dan
hari ini. Semoga anda mendapat sedikit input/manfaat dari entri ini dan apa
yang baik adalah dari Allah SWT dan apa yang buruk adalah dari kelemahan saya
sendiri.
Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
No comments:
Post a Comment