Social Icons


Pages

Wednesday, October 2, 2013

Penipuan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda mengenai PENIPUAN DALAM PELABURAN EMAS. 

Dua tiga hari lepas ada beberapa rakan bertanya saya mengenai isu penipuan pelaburan emas yang dijalankan oleh syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd dimana seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 billion terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong ema dari syarikat tersebut. Antara isu nya ialah syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas dimana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. Bagi mereka terdapat  perasaan bahawa ini satu perniagaan betul. Genneva Malaysia dan syarikat sekutunya disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)
Hari ini, skim pelaburan emas yang berlaku menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pelabur jaminan belian balik emas. Skim itu bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang baru dilaburkan dalam skim berkenaan. Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat itu biasanya tidak sepadan dengan jumlah dikumpulkan daripada pelabur.
Isu ini dikongsi juga oleh pemilik syarikat kedai emas Orosaver Millennium Sdn Bhd (OSM), Puan Nora ketika beliau mengunjungi Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Oktober 2013 dimana pihak BNM menerangkan bahawa skim pelaburan emas yang berlaku di Genneva adalah kerana pihak terlibat menjanjikan pulangan yang lumayan atau dividen pada setiap pelaburan. Liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.
Seperti yang kita maklum, perjanjian pulangan tetap (atau kita panggil dividen) daripada duit yang dilabur adalah haram dalam islam. Sebagai contoh, kita melabur RM1000 dan pihak yang dilabur menjanjikan 20% dividen (RM200) setiap tahun. Ini ternyata HARAM disisi undang-undang islam. Kami di OSM tidak menjanjikan pulangan tersebut, kami hanya membuat urusan jual beli emas seperti sediakala dan membantu orang ramai supaya menyimpan emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dengan menyediakan produk “Emas 1 gram” yang mampu dimilik setiap orang. Mereka boleh mengumpul dan jual bila harga emas naik atau jual bila perlukan duit. Pilihan lain, emas 1gram tersebut juga boleh di tukar kepada barang kemas seperti gelang tangan, rantai leher, cincin dan lain-lain barang kemas syarikat tanpa susut nilai. Kami juga membantu orang ramai yang ingin mendapat pendapatan yang lebih dengan memberi peluang menjadi pengedar sah kami berbekalkan modal terendah. Kami menggalakkan mereka membeli/menyimpan emas demi masa depan mereka daripada mereka berhabis wang mereka untuk membeli barang yang tidak bernilai.

Nor Zuriana Mohammad

Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350






No comments:

Post a Comment