Social Icons


Pages

Tuesday, October 8, 2013

Emas dan Zakat - Siri 1


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu islamik mengenai zakat dan emas. Tahukah anda apa itu zakat? Kalau ada yang kurang jelas mengenai zakat, jom kita lihat apa maksud zakat yang sebenar. 

Zakat - Berasal dari kata tazakka iaitu bermaksud "mensucikan". Ia adalah DERMA yang wajib diberikan oleh seseorang muslim (orang islam) yang MAMPU kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Zakat juga merupakan rukun islam yang ketiga. Jom kita lihat pula rukun islam.

Rukun Islam (Suruhan Allah SWT untuk mentaatNya):

  1. Mengucap dua kalimah Shahadah.
  2. Menunaikan solat fardhu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
  4. Membayar ZAKAT
  5. Mengerjakan Haji di Mekah (Mereka bagi yang mampu)

Ok, sekarang kita sambung mengenai zakat lagi. Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang dan dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan yang tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
 
Apa kaitannya Emas dan Zakat?

Seperti yang kita maklum, sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna dan bernilai berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Sebab itulah syarak menganggap emas dan perak sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya. Apa bukti kita wajib membayar zakat emas? Ok jom kita lihat dalil (bukti) dibawah:

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu." - (Surah At-Taubah : 34-35)
Begitu juga dengan Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada Muslim yang bermaksud:
 “Tidak ada seorang yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan ke lambung, dahi dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambaNya.” - (Riwayat Muslim)
Siapa yang WAJIB membayar zakat Emas?

Orang yang wajib membayar zakat emas dan perak adalah seorang muslim yang merdeka (bukan hamba kepada seseorang), sempurna milik (memiliki emas yang banyak), cukup haul (cukup tempoh 12 bulan iaitu 1 haul bersamaan 1 tahun mengikut kalendar islam) dan cukup Nisab ((Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak). 

Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Sebagai seorang muslim yang taat pada perintahNya, wajib kita membayar zakat emas (dan perak) jika terdapat kelima-lima criteria diatas agar dapat kita mensucikan harta kita (emas) jika ada dosa darinya (hasil dari transaksi jual beli tidak sah/tidak berkat atau penipuan yang berlaku) dan mensucikan harta emas kita (dari akhlak yang buruk seperti riak mempunyai emas yang banyak, menunjuk-nunjuk dan sebagainya) kerana kita tidak tahu sebagaimaha Allah SWT yang maha mengetahui. Seperti dari ayat Allah SWT diatas, bila kita berzakat, Nabi Allah SWT (Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi) akan mendoakan untuk kita supaya menjadi tenteram, berjaya dunia akhirat, kaya dunia akhirat dan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Bukankah kita amat memerlukan keberkatan dunia akhirat? 

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar 

Phone Number : 013 222 6350  




No comments:

Post a Comment