Social Icons


Pages

Monday, September 30, 2013

Anda RUGI jika tidak tahu Fakta Mengenai Emas - Siri 2



Assamualaikum & selamat sejahtera,
Sekali lagi, ingin saya kongsikan disini sedikit informasi iaitu fakta-fakta tentang emas supaya anda tidak RUGI. Rugi disini bermaksud apabila kita tidak tahu tentang nilai logam yang dipanggil emas, kita akan kehilangan permata-permata disekeliling kita yang boleh menjamin kesenangan hidup kita dan boleh memberi nilai kepada orang lain juga.

Berikut adalah fakta-fakta mengenai EMAS - Siri kedua
 
1. JUAL BELI – Bila kita dah kumpul banyak aset unggu kita ni, dan ingin menjualnya ketika terdesak, kita tak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual beli emas. Contohnya jika jual beli aset lain seperti tanah, rumah, kereta atau lain-lain memerlukan peguam, bank-bank yang terlibat. Akan tetapi jika kita ingin menjual emas, hanya perlu buat “exchange” proses saja dimana kita bagi barang, dia bagi duit pada kita. That’s all. Itu sahaja. Senang kan? 
2. PERBEZAAN DENGAN BENDA LAIN – Emas merupakan khazanah bumi yang amat bernilai harga nya jika dibanding kan dengan benda-benda lain. Sebagai contoh, sekecil habuk emas yang dileburkan tu lebih bernilai dari habuk kayu (walau kayu mahal harganya). 
 3. TIADA PROSEDUR YANG KOMPLEKS – Emas merupakan aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga seperti bank, peguam atau polis. Jika harta atau rumah, kita memerlukan itu semua.
 4. SIFAT SEMULAJADI – Jika dilihat dengan mata kasar, emas dilihat seperti logam/besi yang tiada apa-apa nilai, akan tetapi ianya tetap diminati oleh manusia dan merupakan sifat semulajadi manusia menyukai emas. 
Contoh Emas 1 Gram dalam bentuk goldbar. (dipakej)
 5. SENANG DAN MUDAH – Sifat emas yang ringan membuatkan ianya senang dibawa kemana-mana dengan pelbagai jenis saiz yang sesuai. Emas tidak semestinya dalam bentuk rantai leher 20gram, rantai tangan 15gram atau cincin 4gram tetapi iaya juga disediakan dalam bentuk jongkong (goldbar) yang boleh disimpan dan dilaburkan. Beli ketika murah dan jual ketika harga mahal. Contoh beli tahun 2001 tapi jual tahun 2013. Sebagai contoh, sekarang saya mengumpul beberapa emas yang disediakan dalam bentuk goldbar 1 gram. Alhamdulillah ianya senang dibawa kemana-mana kerana ringan dan mudah disimpan.

p/s: Anda rasa penting tak kita simpan emas?

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350

Memberi Nilai Hidup kepada Pelajar



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi hari ini diberi nafas yang cukup dan diberi kesihatan yang baik juga semangat yang luar biasa. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda betapa saya gembira memberi nilai hidup kepada orang lain. Selepas kelas pagi tadi (subject marketing principle), saya dapat membuka minda beberapa pelajar saya dan dapat membantu mereka menambah nilai hidup mereka dengan simpanan emas. Ini adalah salah satu golongan muda yang ingin saya bantu dimana kebiasaan pelajar seusia mereka kebanyakan nya berhabis duit untuk membeli sesuatu yang tak berfaedah atau boros berbelanja dengan wang pinjaman/wang ibubapa.


Kenapa saya tahu? Kerana saya juga begitu ketika di zaman universiti dulu. Tidak pernah terfikir untuk simpanan aset kerana simpanan duit banyak habis untuk pasar malam, enjoy bersama rakan-rakan, shopping di hujung minggu dan lain-lain.  Masa tu saya tidak diberi kesedaran mengenai simpanan emas. Biasalah orang muda mana minat emas. Tak tahu pun harga emas makin lama makin naik. Jika lah saya diberi kesedaran untuk simpan emas sekurang-kurang 1 gram 1bulan yang masa tu harga nya lebih kurang RM56/gram pada tahun 2004, mungkin sekarang saya dah ada 108gram (108bulan@9tahun). Jadi dengan harga rm161/gram hari ini mungkin harta/aset saya dah bernilai RM17,280 dan tahun 2020 RM54,000 kan? Memang rugi sangat rasanya.***Jangkaan harga emas 1gram tahun 2020 RM503/gram).
Jadi pagi tadi, adalah beberapa orang pelajar berminat berniaga emas 1 gram ni dan telah create satu facebook page. (mungkin boleh like page mereka “Pengedar Emas 1 gram”). Fast Action Fast Result kan? ;-). Disebabkan mereka kekurangan duit, saya cadangkan agar mereka jadi drobship saya dulu. Berniaga tanpa modal lebih baik dari berniaga dengan modal pinjaman 20-50k kan? Sekarang zaman teknologi. Jadi saya sarankan kepada mereka gunakan teknologi sebaik mungkin daripada merapu saja dalam facebook mereka tu. (contoh:  update Assignment tak siap, kerja banyak, tension etc). Lebih baik mereka buat side income dari hostel je dari pegi ke luar cari keje sambilan yang tentu saja penat nak #@%$^& kan? Saya terapkan dalam diri mereka supaya jaga niat mereka untuk bantu kawan yang lain menyimpan dan bukan semata-mata mencari keuntungan,

9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat mereka begitu bersemangat dan bersungguh dalam perniagaan emas ini. Jika doa guru berkat dan mujarab, saya sebagai guru mereka mendoakan agar Allah SWT kuatkan hati mereka dan agar mereka istiqamah dalam berniaga. Semoga usaha mereka mendapat kejayaan dunia akhirat.


“Sebaik-baik manusia, adalah manusia yang boleh memberi manfaat kepada orang lain” -Nabi Muhammad S.A.W.

Nor Zuriana MohammadPakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
 

Sunday, September 29, 2013

Anda RUGI jika tidak tahu Fakta Mengenai Emas - Siri 1

Assamualaikum & selamat sejahtera,

Ingin saya kongsikan disini sedikit informasi iaitu fakta-fakta tentang emas supaya anda tidak RUGI. Rugi disini bermaksud apabila kita tidak tahu tentang nilai logam yang dipanggil emas, kita akan kehilangan permata-permata disekeliling kita yang boleh menjamin kesenangan hidup kita dan boleh memberi nilai kepada orang lain juga.

Berikut adalah fakta-fakta mengenai EMAS

1. SUNNAH RASULULLAH - Anda kena tahu bahawa simpan emas dan perak adalah SUNNAH rasulullah sejak 1400 tahun dahulu. Pada asalnya ia adalah matawang ketika di zaman nabi SAW. (Jadi siapa lagi yang perlu hidupkan sunnah Rasulullah selain kita?)

2. NILAI DINAR - Nilai 1 Dinar hari ini, zaman ini, abad ini, abad kita ini adalah masih sama nilai 1 Dinar zaman Rasulullah SAW. Sebagai contoh, 1 Dinar emas 999.9 = 4.25gram emas 999.9. (Adakah mata wang kita dengan mata wang bertahun dahulu adalah sama?Tidak! kerana ia makin menurun nilainya).

3. PELABURAN – Emas adalah pelaburan terbaik kerana harga nya semakin Naik. Cuba kita bandingkan nilai 1 gram emas pada tahun 2001 dan 2013. (2001 RM36/gram, 2013 RM160/gram, tahun 2020 agak-agak berapa?).

4. KALIS INFLASI – Emas adalah nilai terbaik serta kalis inflasi (masih bernilai tinggi walaupun ekonomi tengah gawat) jika dibanding kan dengan matawang.

5. JUAL – Emas adalah logam yang mudah dicairkan (dijual) apa

bila kita memerlukan wang dan terlalu amat berguna apabila kita rasa terdesak dan perlu gunakan wang serta merta kerana pemilik emas boleh menjual nya dikedai-kedai emas berdekatan. Sebagai contoh, apabila ahli keluarga memasuki hospital dan memerlukan rawatan secepat yang mungkin dan memerlukan duit untuk pembiayaan perubatan, Masa inilah kita sangat memerlukan emas.

p/s: Anda rasa penting tak kita simpan emas?

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350

Kisah Hidup Saya - Episod 1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas di muka bumi tuhan yang bersifat sementara ini dan diberi peluang untuk saya berkongsi kisah hidup saya.  Pertama sekali suka saya perkenalkan diri saya dimana nama penuh yang diberi ibu dan bapa saya ialah Nor Zuriana Bt Mohammad. 6 Oktober 2013 genaplah umur saya 28 tahun dan saya bersyukur pada Allah SWT kerana dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan mudah-mudahan saya boleh membantu ramai insan lain di luar sana dengan kepakaran yang saya ada. Hari ini saya bersyukur pada Allah SWT kerana telah berjaya menjadi pakar penyimpanan dan perniagaan emas dan menjadi Pengurus Pemasaran dan Jualan di syarikat yang dikenali sebagai Orosaver Millennium Sdn. Bhd. (OSM) yang merupakan kedai emas 1 gram bumiputra pertama di Malaysia.  Kepakaran saya ialah dalam membantu menyelesaikan masalah KEKERINGAN & KEKONTANGAN wang yang sering di hadapi oleh kebanyakan orang yang BOROS berbelanja terutama golongan muda dengan cara penyimpanan & perniagaan EMAS. 

Seperti golongan muda yang lain yang berdarah muda dan suka berbelanja terutama perempuan, dari remaja sehingga setahun yang lalu saya merupakan PEMBOROS yang tegar dimana sering KEKERINGAN & KEKONTANGAN wang kerana keghairahan berbelanja kerana tidak diberi kesedaran awal mengenai penyimpanan aset unggul seperti emas ini yang saban tahun meningkat nilai nya. Saya selalu mengalami kesempitan wang untuk menampung hidup atau menghantar duit kepada ibubapa kerana apabila mendapat duit lebih saya akan boros berbelanja tanpa sedar. Saya juga merupakan graduan yang baru tamat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Master Pentadbiran Perniagaan (MBA). Ketika belajar, saya berkerja sebagai penasihat jualan di salah sebuah syarikat pengedar Proton berhampiran Universiti dan sekarang saya memberi nilai kepada anak muda dengan mengajar di salah sebuah universiti swasta. Dulu, oleh kerana saya belajar sambil berkerja dan mendapat pendapatan sampingan, saya akan berbelanja boros apabila mendapat komisen yang lebih hasil dari jualan kereta proton. Ada juga saya menyimpan, tapi sekejap sahaja kerana wang boleh digunakan setiap masa kalau dibandingkan dengan emas yang tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. Kadang-kadang, apabila kesempitan wang, saya akan meminjam atau bahasa lain nya berhutang dengan kawan-kawan untuk berbelanja. Masa itu baru lah saya sedar betapa susahnya jika tiada aset simpanan penting seperti emas atau hartanah lain yang tidak mudah digunakan untuk berbelanja. Bukan golongan muda sahaja, saya fikir anda juga begitu kerana kebanyakan orang terutama bangsa saya akan berbelanja sesuka hati apabila mendapat wang yang lebih. 

Sehinggalah saya diperkenalkan dan disedarkan oleh kakak saya yang juga Ketua Pengarah Eksekutif/pemilik Orosaver Millennium tentang kepentingan menyimpan aset seperti emas dan beliau 'memaksa' saya untuk menyimpan emas seterusnya membantu menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan menyimpan aset yang unggul ini. Alhamdulillah, dengan 'paksaan' tersebut saya berjaya dan sehingga sekarang saya berjaya menyimpan beberapa gram emas yang dikumpulkan sekurang-kurang 1gram 1bulan. Saya berjaya menyelesaikan masalah kekeringan dan kekontangan wang yang sering di alami dulu dan sekali gus menjadi pakar dalam perniagaan dan simpanan emas. Oleh kerana saya sedar ramai golongan muda di luar sana yang mengalami masalah seperti saya, saya buka blog ini untuk berkongsi informasi-informasi penting mengenai emas sekaligus menggalakkan mereka untuk menyimpan emas dan memberi peluang dalam perniagaan emas supaya tidak terdesak di kemudian hari. 


Nor Zuriana MohammadPakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350