Social Icons


Pages

Sunday, September 29, 2013

Kisah Hidup Saya - Episod 1



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana kita masih bernafas di muka bumi tuhan yang bersifat sementara ini dan diberi peluang untuk saya berkongsi kisah hidup saya.  Pertama sekali suka saya perkenalkan diri saya dimana nama penuh yang diberi ibu dan bapa saya ialah Nor Zuriana Bt Mohammad. 6 Oktober 2013 genaplah umur saya 28 tahun dan saya bersyukur pada Allah SWT kerana dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan mudah-mudahan saya boleh membantu ramai insan lain di luar sana dengan kepakaran yang saya ada. Hari ini saya bersyukur pada Allah SWT kerana telah berjaya menjadi pakar penyimpanan dan perniagaan emas dan menjadi Pengurus Pemasaran dan Jualan di syarikat yang dikenali sebagai Orosaver Millennium Sdn. Bhd. (OSM) yang merupakan kedai emas 1 gram bumiputra pertama di Malaysia.  Kepakaran saya ialah dalam membantu menyelesaikan masalah KEKERINGAN & KEKONTANGAN wang yang sering di hadapi oleh kebanyakan orang yang BOROS berbelanja terutama golongan muda dengan cara penyimpanan & perniagaan EMAS. 

Seperti golongan muda yang lain yang berdarah muda dan suka berbelanja terutama perempuan, dari remaja sehingga setahun yang lalu saya merupakan PEMBOROS yang tegar dimana sering KEKERINGAN & KEKONTANGAN wang kerana keghairahan berbelanja kerana tidak diberi kesedaran awal mengenai penyimpanan aset unggul seperti emas ini yang saban tahun meningkat nilai nya. Saya selalu mengalami kesempitan wang untuk menampung hidup atau menghantar duit kepada ibubapa kerana apabila mendapat duit lebih saya akan boros berbelanja tanpa sedar. Saya juga merupakan graduan yang baru tamat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Master Pentadbiran Perniagaan (MBA). Ketika belajar, saya berkerja sebagai penasihat jualan di salah sebuah syarikat pengedar Proton berhampiran Universiti dan sekarang saya memberi nilai kepada anak muda dengan mengajar di salah sebuah universiti swasta. Dulu, oleh kerana saya belajar sambil berkerja dan mendapat pendapatan sampingan, saya akan berbelanja boros apabila mendapat komisen yang lebih hasil dari jualan kereta proton. Ada juga saya menyimpan, tapi sekejap sahaja kerana wang boleh digunakan setiap masa kalau dibandingkan dengan emas yang tidak boleh dibelanjakan sesuka hati. Kadang-kadang, apabila kesempitan wang, saya akan meminjam atau bahasa lain nya berhutang dengan kawan-kawan untuk berbelanja. Masa itu baru lah saya sedar betapa susahnya jika tiada aset simpanan penting seperti emas atau hartanah lain yang tidak mudah digunakan untuk berbelanja. Bukan golongan muda sahaja, saya fikir anda juga begitu kerana kebanyakan orang terutama bangsa saya akan berbelanja sesuka hati apabila mendapat wang yang lebih. 

Sehinggalah saya diperkenalkan dan disedarkan oleh kakak saya yang juga Ketua Pengarah Eksekutif/pemilik Orosaver Millennium tentang kepentingan menyimpan aset seperti emas dan beliau 'memaksa' saya untuk menyimpan emas seterusnya membantu menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan menyimpan aset yang unggul ini. Alhamdulillah, dengan 'paksaan' tersebut saya berjaya dan sehingga sekarang saya berjaya menyimpan beberapa gram emas yang dikumpulkan sekurang-kurang 1gram 1bulan. Saya berjaya menyelesaikan masalah kekeringan dan kekontangan wang yang sering di alami dulu dan sekali gus menjadi pakar dalam perniagaan dan simpanan emas. Oleh kerana saya sedar ramai golongan muda di luar sana yang mengalami masalah seperti saya, saya buka blog ini untuk berkongsi informasi-informasi penting mengenai emas sekaligus menggalakkan mereka untuk menyimpan emas dan memberi peluang dalam perniagaan emas supaya tidak terdesak di kemudian hari. 


Nor Zuriana MohammadPakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas.
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350

No comments:

Post a Comment