Social Icons


Pages

Tuesday, November 12, 2013

Kenapa Harga Emas Dunia dan Harga Emas di Malaysia Berbeza?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, 

Sudah lama saya tak update blog ni disebabkan kesibukan yang terlampau dalam dua tiga minggu ni. Rindu rasa nya pada blog ni kerana tak sempat update pasal emas yang merupakan logam yang mengekalkan kekayaan kita.

Ok, sekarang saya ingin kongsikan mengenai harga emas di Malaysia dan harga emas dunia.

Kenapa harga emas Malaysia dan harga emas dunia berbeza? 


Oleh sebab soalan diatas sering di tanya oleh pelanggan, saya akan kongsikan dengan anda semua dalam entri kali ini. 

Untuk pengetahuan anda, harga emas di Malaysia adalah bergantung kepada harga emas di pasaran dunia.  Oleh itu, kalau harga emas dunia naik, naiklah harga emas di Malaysia dan begitu lah sebaliknya. 

Harga emas dunia akan berubah seminit dan saat. Wow! Hebat kan emas ni boleh berubah begitu cepat? Namun begitu, harga emas di kedai emas kebiasaan nya tak akan berubah macam tu sekali. 

Contohnya, OSM hanya update harga emas setiap sekali sehari mengikut perubahan harga emas dunia. Boleh rujuk disini untuk harga emas OSM (www.orosaver2u.com)

Bayangkan kalau update setiap minit, macam mana nak buat jual beli? Tapi ada juga penjual emas yang update harganya beberapa jam sekali. Contoh yang boleh kita lihat ialah Public Bank GIA dan Maybank GSPA. Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.

Secara amnya, harga emas di pasaran dunia hanya lebih kepada menjadi panduan kepada penjual emas di Malaysia ni untuk menetapkan harga emas di kedai mereka. 

Kenapa harga emas satu penjual dengan satu penjual yang lain berbeza? 

Untuk soalan diatas, kita lihat sebagai contoh harga emas OSM dengan harga emas kedai emas Poh Kong atau Habib Jewels sememangnya jauh berbeza. 

Untuk pengetahuan semua, harga emas bukan lah harga kawalan. Jadi, penjual boleh bebas tetapkan harga emas mereka. Sebab itulah harga OSM berbeza dengan kedai emas yang lain. Ini kerana kedai emas yang berlainan mempunyai kos pengeluaran atau kos lain-lain yang berbeza-beza. 

Sebagai contoh, OSM mempunyai kos minting (kos pengeluaran emas), pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji perkerja dan lain-lain kos yang berbeza-beza dengan kedai emas yang lain. Sebab itu lah harga setiap gram emas adalah berbeza dengan kedai emas lain. 
Kos pembukusan (packaging) goldbar 1 gram OSM adalah berbeza dengan kos pembukusan goldbar dari kedai emas lain.

Sekian untuk entri kali ni, entri seterusnya saya akan kongsikan dengan anda bagaimana mengetahui harga emas dunia/antarabangsa. Pembeli yang bijak adalah pembeli yang membeli emas pada harga yang hampir sama dengan harga di pasaran dunia dan sebab itu saya akan tunjukkan bahawa harga OSM adalah harga terbaik. ;-)

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 

Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar   
Phone Number : 013 222 6350


No comments:

Post a Comment