Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apa khabar semua? Harap baik-baik la yer..
Ok hari ini saya ingin kongsikan tentang kejayaan kita hidup di dunia dan akhirat.
Kalau anda berjaya, biasa anda mendapat apa? pingat emas? piala emas? barang kemas?atau benda-benda lain yang kurang bernilai dari emas? ;-)
Emas sangat istimewa kerana sering kali dikaitkan dengan
kemenangan dan kejayaan. Kenapa begitu? Ini kerana kebanyakan kita memilih emas
untuk meraikan kemenangan atau kejayaan dalam sesuatu pertandingan atau sebagai
hadiah bagi orang yang melakukan sesuatu dengan terbaik.
KEJAYAAN DUNIA
Emas menjadi simbolik kejayaan didunia ini kerana sesiapa
yang memenangi sesuatu pertandingan atau menjadi yang terbaik dalam setiap
persembahan sering kali diberikan pingat emas atau piala emas. Betul tak?
Jom kita lihat
gambar-gambar dibawah :
Pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo memenangi Boot Emas berjumlah 1.5 Juta Euro kerana KEJAYAANNYA menjadi penjaring gol terbanyak |
1. Ia diperbuat daripada emas 18 Karat (emas 750)
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).
Wow! tau tak harga nya kalau dalam RM sekarang? Lebih kurang RM800,000! ;-)
Bukan sahaja di luar negara, kat Malaysia pun dapat piala emas ;-) |
Pingat Emas yang di raikan di sukan Olimpik London 2012 |
KEJAYAAN AKHIRAT
Emas juga menjadi lambang kejayaan diakhirat bagi
hamba-hamba Nya yang bertakwa. Ini kerana orang-orang yang bertakwa akan masuk
syurga dan dihadiahkan oleh Allah gelang-gelang yang diperbuat daripada emas
selain hadiah-hadiah lain yang istimewa dan tidak terjangka oleh minda kita.
Sebagai bukti, Allah SWT menjelaskan didalam
surah Al-Hajj ayat 23:
"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera"
Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di
dunia.
Sudah pasti kita inginkan syurga kan?
Contoh gelang-gelang emas didunia, bagaimana pula gelang di syurga akhirat kelak? |
Sekarang jika kita tengok barang-barang kemas di kedai-kedai emas pun dah rasa nak pengsan sebab semua design kita nak, bagaimana pula barangan kemas di syurga nanti? Pasti lebih istimewa dari itu kan??
Sama-sama lah menjadi insan yang bertakwa dan mengejar syurga Allah SWT.
Dengan menyimpan emas pun kita boleh kejar syurga Allah SWT tau. Bagaimana?
Bila anda menyimpan, ia akan mengekalkan kekayaan anda. Makin anda simpan, makin kaya lah anda kerana nilai emas semakin naik.
Bila kita makin kaya, kita boleh berzakat dan bersedekah. Bukan itu laluan pintas ke syurga ke? ;-)
18 November 2013 (4.52 petang)
Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas
Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar
Phone Number : 013 222 6350
No comments:
Post a Comment