Social Icons


Pages

Thursday, November 14, 2013

Berniaga Sunnah Rasulullah SAW


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, 

Apa khabar semua? harap-harap sihat lah semua nya di bawah rahmat Allah SWT. Semoga hari ini, hari jumaat, penghulu segala hari membawa barakah kepada kita semua.  Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kenapa umat islam perlu berniaga dan kami di OSM juga membantu anda untuk berniaga dengan menyertai kami di OSM. 

"Kita Jaga Allah SWT (membuat segala perintahNya, 
meninggalkan segala laranganNya), Allah SWT akan jaga kita"

Kenapa orang islam perlu berniaga?


Sebagai asasnya, kita sebagai orang islam lebih mengetahui kehendak atau keperluan umat islam sendiri. Jadi sebab itulah, orang islam sendiri perlu berniaga. 

Jika kita sebagai umat islam  tidak tahu keperluan orang islam sendiri, teruklah kita. Lebih teruk lagi bila kita dah tahu keperluan tersebut, tapi kita masih biar orang bukan islam untuk menjalankan perniagaan atau mengusai bidang perniagaan. 

Bidang perniagaan ialah bidang yang luas, semua keperluan orang islam kita boleh diniagakan. Jika kita tidak membela, tidak mengambil initiatif dan tidak memahami perkara tersebut, maka sudah tentu cara hidup kita susah untuk kita terapkan dalam cara hidup islam. 

Kalau kita faham keperluan orang islam, kita perlu menjaga dan membela umat islam dari dipergunakan oleh orang bukan islam atau keperluan kita dipengaruhi dan dikuasai oleh orang bukan islam.

Sebab itulah kita perlu ada kesedaran untuk berniaga. Biasanya kalau berniaga kita fikir perlu ada modal, sebab itu kita bimbang dan takut.  Kita tidak sedar bahawa banyak benda melibatkan orang islam terancam kerana orang bukan islam kuasai keperluan hidup kita.

Kita lebih rela orang bukan islam mengusai kita, jadi penting untuk kita mula berniaga. Dari sini lah kita akan membangunkan ummah dan menguatkan ekonomi dunia. Itu satu benda yang kita perlu tanam dalam diri kita.

Kita perlu tanam dalam diri kita bahawa berniaga bukan hanya sebab nak hidupkan sunnah rasulullah SAW, tapi kita kena tengok sebab apa rasulullah SAW berniaga. Kerana apa? Sebenarnya rasulullah SAW ada misi besar dalam perniagaan, sebab rasullullah SAW nak menjaga kepentingan dan membela islam. Ini kerana kalau kita kuasai ekonomi, kita boleh kuasai dunia. Tapi kalau kita sedar tapi rasa benda itu biasa2 jer, kita sedia untuk berada dalam cengkaman orang bukan islam. 

Sebab itu penting untuk kita memahami kenapa orang islam perlu berniaga. Jadi, sekarang jom kita mula berniaga, kita kuasai ekonomi dan membela umat islam melalui perniagaan.  Benda ni sebenarnya sudah saya maklum kerana mentor saya Dr. Azizan Osman juga selalu menekankan perkara ni dalam seminar-seminar anjurannya yang pernah saya hadiri. Thank you mentor!

15 November 2013

Nor Zuriana Mohammad
Pakar Peniagaan & Simpanan Emas
Fb page : www.facebook.com/PakarNiagaSimpanEmas 
 

Biz page : https://www.facebook.com/OrosaverGoldBar     
Phone Number : 013 222 6350

No comments:

Post a Comment